1st NATIONAL COLLOQUIUM ON WIND & EARTHQUAKE ENGINEERING - Universiti Malaysia Pahang

Event Code : W&E 2016 Venue Name : Swiss Garden Hotel, Kuantan, Pahang Host Name : Coordinator Name : Date From : 2017-01-13

Sukacitanya dengan merujuk perkara di atas, Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam, UMP ingin menjemput Y.Bhg. Datuk/Dato'/Datin/Dr./Ir./Ar./ Sr./ Engr./Tuan/Puan, untuk menyertai atau membentang kertas kerja di 1st National Colloquium On Wind & Earthquake Engineering 2017 bertempat di Swiss Garden Resort Hotel, Kuantan, Pahang, dari 13 hb sehingga 14hb Januari 2017.

Program ini diadakan berikutan senario terhadap bencana angin dan gempa bumi yang kian melanda di Malaysia. Rentetan dari beberapa insiden, UMP dengan kerjasama Disaster Research Nexus. School of Civil Engineering, USM dan Wind Engineering Reserach Center Tokyo Polytechnic University (TPU) akan menganjurkan 1st NCWE bagi mengumpulkan hasil-hasil kajian dari para cendekiawan. NCWE juga akan menjadi platform perkongsian maklumat dan kepakaran dari sudut fundamental, kejuruteraan hingga ke aplikasi.

Kesemua kertas kerja yang diterima juga akan diterbitkan khas dalam "Special Issue - Wind & Earthquake Engineering, International Journal of Civil Engineering & Geo - Environmental, http://ijceg.ump.edu.my/

Seminar ini juga telah pun dipohon untuk didaftar di bawah Lembaga Jurutera Malaysia dan dijangka mendapat kelulusan sebanyak 10-12 mata CPD pihak Lembaga Jurutera Malaysia kepada peserta-peserta yang mengambil bahagian sepenuhnya dalam seminar ini.Pihak kami akan memaklumkan keputusan rasmi setelah mendapat surat kelulusan dari pihak BEM.

Penyertaan seminar ini boleh dibuat dengan melengkapkan borang pendaftaran berserta bayaran seperti di lampiran brosur sebelum atau pada 15 December 2016 dan fakskan ke 09-549 2998 atau emailkan ke ncwe2017@gmail.com atau di laman web rasmi fkasa iaitu http://fkasa.ump.edu.my/

Y.Bhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof./Assoc. Prof./Dr./Ir./Ar./ Sr./ Engr./Tuan/ Puan juga boleh memperoleh maklumat lebih terperinci mengenai seminar ini secara berhubung terus ke Pengerusi Program NCWE 2017 melalui talian telefon bimbit +60199300803 atau talian +6095492999

Sekian Terima Kasih

UNIVERSITY MALAYSIA PAHANG
FAKULTI KEJURUREAAN AWAM & SUMBER ALAM