Sedimentologi dan analisis fasies batuan Paleozoik Akhir di kawasan Panching, Pahang.


Author : Kamal Roslan Mohamed, Che Aziz Ali, Mohd Shafeea Leman & Ibrahim AbdullahPublication : Bulletin of the Geological Society of MalaysiaVolume : 48Page : 73-80Year : 2004


Description

 Bulletin of the Geological Society of Malaysia, Volume 48, June 2004, pp. 73-80

 

Sedimentologi dan analisis fasies batuan Paleozoik Akhir di kawasan Panching, Pahang

KAMAL ROSLAN MOHAMED, CHE AZIZ ALI, MOHD SHAFEEA LEMAN & IBRAHIM ABDULLAH

Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan

 

Abstrak: Kawasan Panching di Pahang terdiri daripada batuan sedimen klastik dan juga batuan karbonat, dan telah dipetakan sebagai sebahagian daripada Kumpulan Kuantan. Kumpulan Kuantan di sini telah dibahagikan kepada tiga formasi iaitu Formasi Charu yang paling tua, diikuti oleh Formasi Batu Kapur Panching, dan Formasi Sagor yang paling muda. Daripada data lapangan dan analisis fasies terhadap batuan daripada ketiga-tiga formasi ini, lapan fasies telah dikenalpasti dan satu korelasi jujukan sedimen serta sejarah pengendapan telah ditafsirkan. Kajian ini menunjukkan bahawa kesemua fasies yang ditemui telah dihasilkan oleh proses-proses pengenapan di sekitaran laut cetek. Jujukan batuan yang terdapat di kawasan Panching terbentuk pada masa Karbon Awal di sekitaran laut cetek, tidak jauh daripada sistem delta atau muara sungai. Lautan cetek ini dapat dibahagikan kepada beberapa sub-sekitaran seperti pulau penghalang, pesisir, alur muara, lepas pantai serta sekitaran karbonat, dan ditafsirkan bahawa pengendapan sedimen dalam kesemua sub-sekitaran ini berlaku serentak.

 

Abstract: Panching area in Pahang consists of clastic and carbonate sedimentary rocks, and were mapped as part of the Kuantan Group. The Kuantan Group in this area has been divided to three formations, namely the Charu Formation as the oldest, followed by the Panching Limestone, and the Sagor Formation as the youngest. From field description and facies analysis carried out on all these three formations, eight sedimentary facies were identified and a correlation of sedimentary sequences as well as depositional history is interpreted. Current study shows that these sedimentary facies were developed by shallow marine sedimentary processes. The rock sequence in Panching area was deposited during Lower Carboniferous time, in shallow marine environment close to a delta or river mouth system. This shallow sea can be divided into several sub-environments such as barrier island, beach, river mouth channel, offshore and carbonate platform, and it is interpreted that the sediments in all these sub-environments were concurrently deposited.

https://doi.org/10.7186/bgsm48200415