Human-induced landslides at Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang, Selangor


Author : Choun-Sian Lim, Tajul Anuar Jamaluddin, Ibrahim KomooPublication : Bulletin of the Geological Society of MalaysiaNo. : 67Page : 9-20Year : 2019DOI : DOI : https://doi.org/10.7186/bgsm67201902


Description

Bulletin of the Geological Society of Malaysia, Volume 67, June 2019, pp. 9 – 20

Tanah runtuh cetusan manusia di Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang, Selangor
(Human-induced landslides at Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang, Selangor)

Choun-Sian Lim1,*, Tajul Anuar Jamaluddin2, Ibrahim Komoo1
1-Pusat Kajian Bencana Asia Tenggara (SEADPRI), Institut Alam Sekitar dan Pembangunan,
Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor, Malaysia
2-Program Geologi, Fakulti Sains & Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor, Malaysia
*Corresponding author email address: chounsian@gmail.com

Abstrak: Kajian ini meninjau kembali fenomena tanah runtuh Bukit Antarabangsa, iaitu kawasan perbukitan di Ampang Jaya yang telah mengorbankan 65 nyawa pada sekitar tahun 1990 hingga 2010. Antara tanah runtuh tersebut ialah runtuhan Kondominium Highland Towers, Banglo Taman Hillview dan perumahan Taman Bukit Mewah. Kes-kes kejadian ini diteliti secara perspektif rantau bersama-sama dengan data tambahan baharu. Hasilnya, didapati banyak penunjuk yang menyokong bahawa permukaan bumi kawasan perbukitan ini telah diganggu dan diubahsuai oleh manusia sejak 50 tahun lepas sebelum tercetusnya tanah runtuh, terutamanya faktor degradasi mengikut masa seperti tanah terbiar gondol untuk satu tempoh yang panjang dari mula pembinaan sehingga siap; amalan pembinaan; dan pembinaan atas tapak cerun yang mempunyai sejarah tanah runtuh atau yang pernah terubahsuai. Faktor iklim khatulistiwa dan kesuburan tanah yang menggalakkan pertumbuhan semula vegetasi secara padat dan pantas untuk kembali kepada keadaan seakan-akan hutan primer pada permukaan juga menyebabkan tanda-tanda kesan gangguan masa lampau sukar dikesan. Justeru itu, kajian ini menyimpulkan, selain daripada faktor pencetus hujan dan geologi seperti terain granit terluluhawa dan struktur batuan, faktor terain terganggu yang tercetus oleh aktiviti manusia turut menjadi punca penyebab tanah runtuh yang utama. Kawasan ini juga adalah satu contoh yang menunjukkan bencana tanah runtuh cetusan manusia di mana impak daripada evolusi amalan semasa-pembinaan dan pengurusan guna tanah tidak terselia telah menyumbang kepada kejadian tanah runtuh.

Kata kunci: Guna tanah, tanah runtuh cetusan manusia, tragedi Highland Towers, strata Anthropocene


Abstract: This study revisits the Bukit Antarabangsa, a hilly topographic region of Ampang Jaya where a number of landslides occurred between year 1990 and 2010, resulted in 65 lives perished. Among those fatal landslides were the collapsed of a block of Highland Towers condominium, Taman Hillview bungalow and Taman Bukit Mewah housing estate. In examining historical cases of the area from regional perspective and new supplementary data, there were numerous evidences showing the lands had been greatly battered and modified since the last 50 years before the fatal landslides occurred. It was found these extensive land exploitation, specifically long duration of exposed barren land until construction completed; construction practices; and construction on old landslides or previously modified sloping lands, had significantly contributed to the causal factor of the landslides. The humid tropical and fertile soil in Malaysia that promotes thick vegetation regrowth to the extent of resembling a primary forest-cover might have hindered detection of modified lands during for new construction. Thus, this study suggested that, in addition to climatic-induced and geological factors namely weathered granitic terrain and lithological relicts as predisposing factors, these landslides were also attributed by human disturbed terrain from multiple land-use changes. The site is an example of human-induced landslide disasters from the consequence of land use management and during-construction practices.

Keywords: Land use, human-induced landslide, Highland Towers tragedy, Anthropocene strata

DOI : https://doi.org/10.7186/bgsm67201902