Warta Geologi, Vol. 47, No. 1, April 2021, pp. 19 - 28





Description

Warta Geologi, Vol. 47, No. 1, April 2021, pp. 19 - 28

Pelantar benua dari perspektif undang-undang laut: Suatu pengenalan
(Continental shelf from the perspective of the Law of the Sea: An introduction)

Mazlan Madon1,2

1 Projek Pelantar Benua Malaysia, Majlis Keselamatan Negara, Malaysia
2 Jabatan Geologi, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia
Author email address: mazlan.madon@gmail.com

Abstrak: Hak sesebuah negara pesisir ke atas dasar lautan dan subtanih berhadapannya ditentukan oleh beberapa peruntukan dalam Konvensyen Undang-Undang Laut PBB 1982 (UNCLOS), khususnya Artikel 76 bagi pelantar benua. Nota ringkas ini bertujuan untuk memberi pengenalan ringkas mengenai konsep “pelantar benua” dalam konteks Artikel 76. Konsep ini penting bagi negara pesisir menetapkan had luar pelantar benua yang melampaui 200 batu nautika (M) dari garis pangkal (pantai). Dengan penentuan had luar pelantar benua, hak berdaulat sesebuah negara pesisir ke atas kawasan dasar laut yang melepasi garisan 200 M bagi tujuan explorasi dan eksploitasi sumber asli, diberi pengiktirafan tanpa keraguan mengikut undang-undang laut antarabangsa UNCLOS. Penentuan kawasan pelantar benua melampaui garisan 200 M adalah berdasarkan prinsip dalam Artikel 76 bahawa pelantar benua adalah persambungan semulajadi wilayah daratan sesebuah negara pesisir. Bidang geologi juga memain peranan utama dalam prosedur menentukan had luar persambungan itu, yang sekaligus memastikan had luar pelantar benua mengikut Artikel 76. Dicadangkan “pelantar benua” diberi makna khusus selaras dengan Artikel 76, manakala istilah “pentas benua” kekal dengan penggunaan asal sebagai kawasan laut cetek di pinggir benua.

Kata kunci: pelantar benua, pentas benua, UNCLOS, Artikel 76, zon maritim


Abstract: The entitlement of a coastal State over the seabed and subsoil in front of its landmass is provided for in the United Nations Convention on the Law of the Sea 1982 (UNCLOS), in particular Article 76 for the continental shelf. This short note in Malay gives a brief introduction to the concept of the “continental shelf” in the context of Article 76. This concept is important as a means by which coastal States may establish the outer limit of their continental shelves beyond 200 nautical miles (M) measured from the territorial sea baselines. Once the outer limits have been established, coastal States are then able to exercise with certainty their sovereign rights over the extended continental shelf for the purposes of exploring and exploiting the natural resources of the seabed and subsoil, as provided for by UNCLOS. The establishment of the outer limits of the continental shelf beyond 200 M is based on the principle of natural prolongation of land territory in Article 76. Geology also plays an important role in the process of determining the extent of the prolongation in accordance with the provisions of Article 76. For authors and students of this topic in Malay, it is proposed that the synonymous Malay terms for continental shelf – “pelantar benua” and “pentas benua” – be given specific meanings for use in their legal and geological contexts, respectively.

Keywords: continental shelf, continental platform, UNCLOS, Article 76, maritime zones

DOI : https://doi.org/10.7186/wg471202103