Warta Geologi, Vol. 47, No. 3, December 2021, pp. 199–203





Description

Warta Geologi, Vol. 47, No. 3, December 2021, pp. 199–203

Peranan geofizik dalam pembinaan dan penilaian kestabilan terowong
(The role of geophysics in the construction and stability assessment of tunnels)

Nik Adib Yaaziz*, Mohd Hariri Arifin

Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, UKM Bangi, Selangor, Malaysia
* Corresponding author email address : p106589@siswa.ukm.edu.my

Abstrak: Bidang geofizik memainkan peranan yang penting dalam pembinaan mana-mana struktur utama di dunia. Salah satu daripada struktur buatan manusia ialah terowong. Pelbagai maklumat dan kaedah geofizik perlu difahami secara mendalam sebelum merangka sebuah projek pembinaan terowong. Penyiasatan menyeluruh terhadap keadaan bumi perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum kajian persediaan lapangan yang akan menentukan tempoh masa bertahan tanpa sokongan dan keadaan air bawah tanah yang mungkin menyukarkan pembinaan terowong. Bagi menilai kestabilan terowong pula, integrasi pelbagai kaedah diperlukan untuk mendapatkan hasil kajian yang lebih tepat. Tafsiran imej satelit menekankan kepada surihan struktur lineamen negatif manakala pemetaan lapangan menekankan kepada lokasi resapan air bawah tanah dan struktur tektonik utama seperti sesar, kekar dan zon ricih. Survei tomogafi keberintangan geoelektrik dapat mengenalpasti keberintangan bahan yang berbeza di mana ia dapat menentukan kandungan air di dalam bahan bumi. Pemilihan langkah-langkah pemulihan akan ditentukan berdasarkan dapatan hasil kajian tersebut.

Kata kunci: Terowong, penggalian, penilaian kestabilan, pemulihan


Abstract: Geophysics play a vital role in the constructions of any major manmade structures in the world. One of those being the tunnels. In depth understanding of geophysical methods and a lot of information are needed in order to design a tunnel construction project. Comprehensive investigation on the ground condition has to be done before the field preparation study that will determine the stand-up time and the groundwater condition that may disrupt the tunnel construction. For tunnel stability assessment, an integration of geophysical methods is a must in order to obtain the most accurate results. Satellite imaging interpretation emphasizes on the structural tracing of negative lineament while field mapping emphasizes on location of underground seepage and major tectonic structures such as faults, joints and shear zones. Geoelectrical resistivity tomography survey is able to identify the differences in resistivity of Earth’s materials based on the water content inside of them. The best course of remediation could only be chosen once the output from all these studies are made available.

Keywords: Tunnel, drilling, stability assessment, remediation

DOI : https://doi.org/10.7186/wg473202101