Pemetaan guna tanah untuk menilai impak gelinciran tanah terhadap komuniti Kundasang, Sabah

702001-100567-365-B
Author : Mohd. Yasir Mohd. Said, Ibrahim Komoo & Sarah Aziz Abdul Ghani Aziz
Publication : Bulletin of the Geological Society of Malaysia
Page : 37-42
Volume Number : 49
Year : 2004
DOI : https://doi.org/10.7186/bgsm49200407

Bulletin of the Geological Society of Malaysia, Volume 49, April 2004, pp. 37 – 42

Pemetaan guna tanah untuk menilai impak gelinciran tanah terhadap komuniti Kundasang, Sabah

MOHD. YASIR MOHD. SAID, IBRAHIM KOMOO & SARAH AZIZ ABDUL GHANI AZIZ

Institut Alam Sekitar & Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor

 

Abstrak: Kundasang pada hari ini amat berbeza dengan keadaannya 20 tahun yang lalu. Kehijauan kawasan pertanian yang terdiri daripada tanaman pelbagai jenis menghiasi kebanyakan pemandangan di sini. Terletak di kaki Gunung Kinabalu dengan ketinggian 1200-1800 m d.p.l. memberikan keadaan iklim seakan sederhana telah menarik pelancong luar untuk berkongsi pengalaman ini. Oleh sebab itu, industri pelancongan dilihat mempunyai potensi untuk dibangunkan sebagai salah satu sumber ekonomi utama penduduk tempatan. Walau bagaimanapun, seperti kebanyakan kawasan tanah tinggi yang lain, berhadapan dengan ancaman gelinciran tanah bukanlah perkara baru. Isu ini perlu dihadapi oleh setiap peringkat masyarakat termasuklah Pihak Berkuasa Tempatan, perancang dan pemaju, penduduk tempatan dan juga individu yang terlibat. Kompleks Gelinciran Tanah Kundasang (KGTK) telah dikenalpasti menjadi punca utama kepada kerosakan utama dan fenomena yang berkaitan di kawasan ini. KGTK terdiri daripada enam system gelinciran tanah berskala besar yang mendasari hampir keseluruhan Kundasang. Kegagalan-kegagalan cerun yang bersaiz kecil dan bersifat tempatan adalah merupakan sebahagian daripada bencana yang mungkin berlaku sekiranya langkah berjaga-jaga tidak diendahkan. Pelan pembangunan yang terintegrasi seharusnya mempertimbangkan geobencana ini sebagai elemen perhatian sebelum sebarang pembangunan dilakukan. Ini adalah untuk memastikan kesan daripada pergerakan gelinciran tanah dapat diminimumkan. Peta guna tanah untuk kawasan tanah tinggi yang biasa dan konvensional perlu ditambah dengan maklumat yang berkaitan dengan gelinciran tanah. Fitur-fitur gelinciran tanah dan petanda-petanda geodinamik yang lain yang boleh dicerap di lapangan seharusnya menjadi sebahagian daripada cirian bagi setiap kategori guna tanah. Maklumat ini akan menjelaskan maklumat sebenar keadaan di lapangan dan membantu dalam penilaian awal kesesuaian untuk tujuan pembangunan. Peta guna tanah mewakili aktiviti sebenar di lapangan dan digunakan sebagai asas untuk perancangan awal pembangunan. Oleh yang demikian, kepentingan peta guna tanah terintegrasi dengan maklumat tambahan yang berkaitan dengan fitur-fitur gelinciran tanah akan menyediakan status keadaan sebenar di lapangan secara menyeluruh untuk masa depan pembangunan di Kundasang yang lebih baik.

 

Abstract: Kundasang as seen today is very different as how it was 20 years ago. Big scale agricultural area with various types of vegetation covering as a big blanket taking almost of the view. Situated at the foot of Mount Kinabalu at the height between 1200-1800 m a.s.l. providing the area with temperate-like climate and this has attracted tourists outside Kundasang to share the experience. Hence, the tourism industry is seen to have potential to be developed as one of the major economic sources to the locals. However, like the other highland areas, dealing with the landslide threat is not something new. This issue has to be faced by every level of the community involving the Local Authority, the planner and developer, the local community and the individual itself. Kundasang Landslide Complex (KLC) is identified to be the main cause for all the major damages and related phenomena that takes place within the area. KLC comprises six big scale landslide systems underlie almost of the area. The small and locally behaviour of the slope failures that have taken place are partial of the hazard that may happen if necessary precaution is ignored. An integrated development plan should have considering this geohazard as an element of concern before any development takes place. This is to ensure the effects of the landslide movement can be minimized. The common and conventional landuse map for the highland area has to be added with extra information. Landslide features and other geodynamic signs that can be observed in the field should be a part of the landuse characteristics for each category. This will explain the actual ground information and in respect of the land suitability for any development purposes. Landuse map represents the on ground activity and is a basis for development planning. Thus, the importance of an integrated landuse map with an additional information on landslide related features would have provide an overall actual on ground land status for better future development of the Kundasang area.

https://doi.org/10.7186/bgsm49200407


Notice: Undefined index: request in /home/gsmorgmy/public_html/wp-content/plugins/jet-engine/includes/components/listings/render/listing-grid.php on line 1259