Bulletin of the Geological Society of Malaysia, Volume 46, May 2003, pp. 243 – 246
1Program Geologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia
2Sekolah Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Sabah, 88999 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Abstract: This paper investigates whether ultrabasic soils are profitable alternative resources of Cr, Co and Ni. A total of 55 holes have been bored through 3-20 metre thick in situ soils, at the pilot study area near Ranau, Sabah. The soil reserve of an approximately 1.1 km2 area is 19.25 million tonne. X-ray diffraction study confirms the occurrence of goethite as the major constituent, with occurrence of lesser amounts of gibbsite, kaolinite and rutile. Quantitative X-ray fluorescence study on 300 bulk samples gives the following average, in wt%: Cr 1.90 (0.80-2.20), Co 0.06 (0.04-0.10), and Ni 0.64 (0.20-1.40). Cr and Ni, with reserves of 365,000 tonne and 122,000 tonne respectively are believed to be profitable, if efficient and cost-effective extraction techniques with 80% recovery are available.
Abstrak: Kertas ini cuba menyiasat sama ada tanah ultrabes boleh dijadikan sumber alternatif yang menguntungkan bagi Cr, Co dan Ni. Sejumlah 55 lubang telah digerudi menerusi tanah setempat berketebalan 3-20 meter, di kawasan kajian pemandu berhampiran Ranau, Sabah. Rezab tanah bagi kawasan seluas lebih kurang 1.1 km2 itu ialah 19.25 juta tan metrik. Kajian belauan sinar-X mengesahkan kehadiran goetit sebagai juzuk utama tanah, dengan gibsit, kaolinit dan rutil wujud dalam jumlah yang lebih sedikit. Kajian kuantitatif pendarflour sinar-X terhadap 300 sampel pukal memberikan purata berikut dalam % berat: Cr 1.9 (0.8-2.2), Co 0.06 (0.04-0.10), dan Ni 0.64 (0.20-1.40). Cr dan Ni yang rezab masing-masing ialah 365,000 dan 122,000 tan matrik dipercayai menguntungkan, dengan syarat teknik ekstraksi yang efisyen dan murah dengan nilai boleh peroleh 80% dapat dibangunkan.
https://doi.org/10.7186/bgsm46200340