Penggunaan seismik pantulan cetek dalam kajian enapan Kuaterner di delta Sungai Pahang, Pekan, Pahang

702001-100765-563-B
Author : Lee Beng Huat, Umar Hamzah, Ahmad Jantan, Che Aziz Ali dan Ibrahim Abdullah
Publication : Bulletin of the Geological Society of Malaysia
Page : 59-67
Volume Number : 44
Year : 2000
DOI : https://doi.org/10.7186/bgsm44200008

Bulletin of the Geological Society of Malaysia, Volume 44, July 2000, pp. 59 – 67

Penggunaan seismik pantulan cetek dalam kajian enapan Kuaterner di delta Sungai Pahang, Pekan, Pahang

Lee Beng Huat, Umar Hamzah, Ahmad Jantan, Che Aziz Ali dan Ibrahim Abdullah

Jabatan Geologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi

 

Abstrak: Seismik. pantulan merupakan kaedah geofizik yang biasa digunakan dalam pengimejan struktur bawah tanah. Dengan sedikit pengubahsuaian dari seismik. pantulan dalam, teknik ini mampu digunakan untuk kajian enapan Kuaterner di sekitar Pekan, Pahang. Teknik tingkap optimum digunakan untuk menentukan parameter-parameter lapangan terbaik untuk memperolehi data lapangan. Tukul dan dinamit digunakan untuk menghasilkan gelombang seismik. Isyarat gelombang pantulan dikesan oleh geofon yang berfrekuensi semula jadi 100 Hz dan 14 Hz dan dirakam oleh seismograf 24 saluran. Data lapangan kemudian diedit, diisih dan dikumpulkan mengikut tatacara titik kedalaman sepunya. Proses seterusnya melibatkan pembetulan aras, analisis halaju, timbunan, dikonvolusi dan migrasi untuk menghasilkan keratan rentas seismik. Keratan ini kemudian dipadankan dengan data lubang gerudi dan data-data lain untuk pentafsiran geologi secara keseluruhannya. Secara amnya, enapan Holosen merupakan enapan samudera yang berada pada kedalaman kurang dari 35 m. Walau bagaimanapun, maklumat ini tidak dapat ditunjukkan dalam keratan rentas sesimik. Pantulam selari yang beramplitud dan berfrekuensi tinggi dikesan pada kedalaman sekitar 35 m hingga 200 m dan mewakili enapan fluvial yang berusia Plesitosen. Pantulan-pantulan tersebut sebahagiannya telah mengalami penyesaran jenis normal, bersudut tinggi dan berbentuk listrik. Ciri-ciri pantulan seperti top lap dan kudung hakisan yang merupakan hasil kesan pembentukan palung kuno juga dicerap dalam julat kedalaman ini. Enapan Pleistosen ini menindih batuan dasar yang berbentuk tidak seragam. Batuan dasar ini menunjukkan pantulan bebas pada keratan rentas sesimik. Jenis batuan tidak diketahui lantaran kekurangan data mengenainya.

 

Abstract: Seismic reflection is the most common geophysical technique applied for underground structures imaging. With some modification from the deep seismic reflection, shallow seismic reflection could be applied for the Quaternary deposit study in the vicinity of Pekan, Pahang. Optimum window technique is the common technique being applied to determine the most suitable field data acquisition parameters. Seismic waves are generated by sledgehammer and dynamite explosion. Reflection signals are detected by geophone array with natural frequency 14 Hz and 100 Hz and recorded by 24-channel seismograph. After that, the row field data will be edited, sorted and gathered following the common depth point (CDP) sequence. After these processes, the CDP gathered data‘s would go through some process especially static correction, velocity analysis, stacking, deconvolusion and migration to produce the seismic reflection section. Seismic reflection section afterwards has to be fitted with borehole data and combined with the others data‘s to conclude the overall geological interpretation. In general, Holocene sediment is the marine environment depositional sediment and covered the top 35 m of the lithologic log but this information could not show at the seismic reflection section. The high amplitude, frequency and parallel reflections are recorded from the depth of 35 m to 200 m and represented by Pleistocene fluvial deposit. Parts of the parallel reflections were displaced by normal high listric fault. The seismic stratigraphic features such as erosional truncation and toplap also occur in this range of depth and interpreted as paleochannels. Bedrock was overlaid by Pleistocene sediment. In the seismic section, the bedrock showed by the free reflection and was unable to determine the rock type of bedrock because of the lack of data.

https://doi.org/10.7186/bgsm44200008


Notice: Undefined index: request in /home/gsmorgmy/public_html/wp-content/plugins/jet-engine/includes/components/listings/render/listing-grid.php on line 1266