Bulletin of the Geological Society of Malaysia, Volume 24, Oct.1989, pp. 159 – 172
Jabatan Penyiasatan Kajibumi, Kuching, Sarawak
Abstrak : Satu sistem perigi pengeluaran mendatar telah dibina di Terabah, Kampung Paloh di Sarawak. Ia direkabentuk untuk membekalkan 240 m3 (52800 gelen) air sehari untuk penduduk kampung berjumlah 1585 orang pada tahun 1990.
Sistem ini dibina di dalam akuifer taktertekan yang terdiri dari pasir halus peroi dengan sedikit pasir sederhana. Ia mempunyai tiga perigi pengumpul cawangan dan satu perigi pengumpul utama. Setiap perigi diperbuat dari empat sambungan ‘culvert‘ konkrit berbentuk selinder dengan garispusat dalaman 1.22 m dan tinggi 6.08 m. Setiap perigi pengumpul cawangan dipasangkan dengan satu pasang PVC bergarispusat 101 mm yang dibuat pembukaan-pembukaan. Jumlah panjang penapis atau skrin untuk setiap perigi pengumpul ialah 100 m. Penapis-penapis ini dipasang mendatar pada purata kedalaman 3.0 m di bawah paras air tanah. Paip PVC yang mempunyai luas pembukaan 0.00167 m2 untuk setiap meter, dibuat pembukaan di bahagian atas sahaja. Lebar pembukaan ialah 0.2 mm dan panjang efektifnya ialah 4 cm. Pasir kasar bersaiz 0.7 mm hingga 1.00 mm digunakan sebagai pasir penapis. Air bawah tanah dari perigi-perigi pengumpul cawangan disalurkan ke perigi pengumpul utama dengan menggunakan paip-paip PVC bergarispusat 202 mm.
Pemasangan penapis-penapis dan perigi-perigi pengumpul memerlukan penurunan paras air bawah tanah yang mana boleh dicapai dengan sistem penyahairan menggunakan perigi-perigi titik. Ini mempastikan tebing parit yang stabil dan kering serta keadaan tempat kerja yang tegap.
Pembinaan sistem perigi mendatar ini telah berjaya disiapkan dalam masa tiga bulan dan dibuktikan dalam keadaan memuaskan setelah dijalankan uji pampa selama satu bulan.
Abstract: A horizontal production well system was constructed at Terabah, Kampung Paloh in Sarawak. The well system is designed to supply 240 m3 (52800 gallons) of water per day for the projected kampung population of 1585 people by the year 1990.
The horizontal well system was constructed in an unconfined aquifer which consists of unconsolidated fine sand with some medium sand. The system consists of three subsidiary collector wells and a main collector well. Each well consists of 4lengths of cylindrical concrete culvert with an internal diameter of 1.22 m and a height of 6.08 m. Each subsidiary collector well is installed with one pair of slotted 101 mm diameter PVC pipes. The total length of the screens for every collector well is 100m. It is installed horizontally at an average depth of3.0 m below the groundwater-table. The PVC pipe, which has an open area of 0.00167 m2 per metre, is slotted on the upper half along its length. The slot is 0.2 mm wide and has an effective length of 4 em. Coarse sand of 0. 7 mm to 1.0 mm in size is used as filter sand. Groundwater from the subsidiary collector wells is channeled to the main collector well by 202 mm diameter PVC pipes.
The installation of the screens and the collector wells requires the lowering of the groundwater-table which is achieved using a dewatering well point system. This· ensures a stable trench-slope and a dry, firm working condition. ·
Construction of the horizontal well system was successfully completed in three months and proven by a month-long pumping test to work satisfactorily.
https://doi.org/10.7186/bgsm24198912