Bulletin of the Geological Society of Malaysia 56, December 2010, pp. 121 – 125
/* Style Definitions */table.MsoNormalTable{mso-style-name:"Table Normal";mso-tstyle-rowband-size:0;mso-tstyle-colband-size:0;mso-style-noshow:yes;mso-style-priority:99;mso-style-parent:"";mso-padding-alt:0cm 5.4pt 0cm 5.4pt;mso-para-margin:0cm;mso-para-margin-bottom:.0001pt;mso-pagination:widow-orphan;font-size:10.0pt;font-family:"Calibri","sans-serif";}
1Program Geologi, Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor
2Sekolah Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Sabah, 88999, Kota Kinabalu, Sabah
Abstrak— Gunung Kinabalu merupakan gunung yang tertinggi di Malaysia. Keunikan yang terdapat di dalam batuan-batuan Gunung Kinabalu ialah kewujudan pelbagai jenis enclave yang boleh dianggap sebagai tarikan saintifik dan estetik warisan geologi di Malaysia. Enclave merujuk kepada sebarang batuan atau mineral asing yang terkandung di dalam jasad batuan induk yang tidak berkaitan asalnya. Di Gunung Kinabalu, batuan granit hornblend mengandung enclave batuan metasedimen Formasi Trusmadi manakala granit hornblend porfirit pula mengandung enclave batuan metasedimen Formasi Trusmadi dan batuan serpentinit. Selain itu, zenolit granit hornblend turut terkandung di dalam korok keandesitan manakala zenolit granit hornblend porfirit dan zenolit batuan metasedimen Formasi Trusmadi terkandung di dalam korok aplit. Keunikan yang terdapat di dalam batuan granit hornblend ialah kehadiran kedua-dua jenis enclave, iaitu zenolit dan schlieren. Singkapan yang ditemui berdekatan puncak Gunung Kinabalu ini menunjukkan terdapatnya putaran enclave yang membentuk schlieren dan akhirnya zenolit. Fitur ini jelas menunjukkan bagaimana magma bergerak dan bagaimana batuan keliling diangkut menjadi zenolit. Untuk enclave jenis zenolit yang terdapat di dalam batuan granit hornblend porfirit pula terdapat penjajaran feldspar alkali yang jelas berhampiran sentuhan dengan zenolit tersebut, menunjukkan magma separa-beku dilencungkan. Selain itu, didapati juga zenolit yang berdekatan dengan sempadan penerobosan batuan bersaiz lebih kasar dan bersegi berbanding zenolit yang jauh, menandakan suhu magma lebih rendah dan zenolit yang terlebur semula lebih terbatas. Dari segi usia relatif, perkaitan jenis batuan dan enclave mencadangkan batuan termuda ialah korok aplit dan korok keandasitan, diikuti granit hornblend porfirit, serpentinit, granit hornblend dan batuan metasedimen Formasi Trusmadi. Selain bernilai saintifik dan estatik, enclave di Gunung Kinabalu juga mempunyai nilai rekreasi, lantaran kewujudannya ialah pada ketinggian 5 – 8 km dari pintu masuk Timpohon, oleh itu berpotensi menjadi sebuah warisan geologi.
Kata kunci: enclave, zenolit, schlieren, nilai estetik, warisan geologi, Gunung Kinabalu
Abstract— Mount Kinabalu is the highest mountain in Malaysia. The uniqueness of the Mount Kinabalu’s rocks is the existence of varieties of enclaves with scientific and esthetic features of geological heritage value for Malaysia. Enclave refers to any country rock or mineral that was engulfed by a genetically unrelated host rock. In Mount Kinabalu, hornblende granite contains enclaves of metasedimentary rocks from Trusmadi Formation, whereas porphyritic granite contains the same Trusmadi Formation’s rock and serpentinite. In addition, andesitic dykes contain xenoliths of hornblende granite, while aplite dykes contain xenoliths of Trusmadi Formation and the porphyritic granite. The unique feature of the hornblende granite is the existence of both types of enclaves, viz. xenolith and schlieren. The outcrop, found near the top of the Mount Kinabalu shows that the rotation of the enclave has produced schlieren and finally the xenolith. This feature shows the movement of magma and how the country rock was carried by magma and became xenoliths. For enclave type xonolith in the porphyritic granite, obvious lineation of alkali feldspar also can be found adjacent to the contact with the xenolith, indicating semi-molten magma has been deflected by the xenolith. Xenoliths which occur close to intrusion contact are also larger in size and more angular, indicating cooler magma and limited melting of the zenoliths. In terms of relative age, the relationship between rock types and enclaves suggests that the youngest rocks are aplite dyke and andesitic dyke, followed by porphyritic granite, serpentinite, hornblende granite and the metasedimentary rocks of the Trusmadi Formation. Apart from scientific and esthetic values, the enclaves in Mount Kinabalu also possess recreational value and its existence at the height of 5 – 8 km from the Timpohon gate, facilitates its potential as a geological heritage.
Keywords: enclave, xenolith, schlieren, aesthetic value, geological heritage, Gunung Kinabalu
https://doi.org/10.7186/bgsm56201017
Automated page speed optimizations for fast site performance