Landskap berpemandangan indah di Pantai Penarak, Langkawi: Kajian saintifik dan persepsi komuniti setempat (Landscape of scenic beauty at Pantai Penarak, Langkawi: Scientific and local community perception studies)

702001-100379-170-B
Author : Tanot Unjah & Ibrahim Komoo
Publication : Bulletin of the Geological Society of Malaysia
Page : 115 - 120
Volume Number : 56
Year : 2010
DOI : https://doi.org/10.7186/bgsm56201016

Bulletin of the Geological Society of Malaysia 56, December 2010, pp. 115 – 120

 

Landskap berpemandangan indah di Pantai Penarak, Langkawi: Kajian saintifik dan persepsi komuniti setempat

/* Style Definitions */table.MsoNormalTable{mso-style-name:"Table Normal";mso-tstyle-rowband-size:0;mso-tstyle-colband-size:0;mso-style-noshow:yes;mso-style-priority:99;mso-style-parent:"";mso-padding-alt:0cm 5.4pt 0cm 5.4pt;mso-para-margin:0cm;mso-para-margin-bottom:.0001pt;mso-pagination:widow-orphan;font-size:10.0pt;font-family:"Calibri","sans-serif";}

TanoUnjah & Ibrahim Komoo

Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI,  Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor

Abstrak— Kajian saintifik dan persepsi komuniti setempat terhadap sumber geologi dan landskap berpemandangan indah telah dijalankan di Pantai Penarak, Langkawi. Teknik pemetaan landskap secara saintifik dari titik pandang mengufuk digunakan untuk memetakan visual landskap. Aspek persepsi komuniti terhadap landskap berpemandangan indah pula dilakukan secara soal-selidik. Dua jenis landskap utama boleh dikenalpasti iaitu landskap tabii dan buatan manusia. Landskap tabii dipengaruhi oleh tiga jenis batuan utama iaitu batu kapur, batuan sedimen klastik dan batuan igneus manakala landskap buatan manusia terdiri daripada premis perniagaan, jeti nelayan dan penempatan nelayan. Landskap kars batu kapur adalah landskap tabii paling dominan di kawasan ini. Hasil soal selidik mendapati majoriti penduduk setempat bersetuju bahawa kawasan ini boleh dikelaskan sebagai berpemandangan indah. Sebanyak 88% bersetuju pemandangan indah di kawasan Penarak disebabkan oleh landskap tabii manakala 13% berpendapat keindahan tersebut disumbangkan oleh gabungan landskap tabii dan buatan manusia. Kebanyakan penduduk setempat mempunyai pemahaman tentang geologi dan dapat mengaitkan lakaran landskap geologi dengan apa yang dapat diperhatikan. Aspek kesamaan yang diperhatikan adalah bentuk landskap tabii, bentuk landskap binaan manusia, kepelbagaian fitur geologi dan geomorfologi dan lakaran menyerupai pemandangan. Sebahagian besar komuniti juga merasakan pembangunan di sekitar kawasan ini perlu mengekalkan keindahan landskap semulajadi.

Kata kunci: warisan geologi, landskap berpemandangan indah, persepsi masyarakat setempat, Pantai Penarak, Langkawi

 

Landscape of scenic beauty at Pantai Penarak, Langkawi: Scientific and local community perception studies 

Abstract— scientific and local community perception studies on landscape of scenic beauty were carried out at Pantai Penarak, Langkawi. Horizontal view mapping technique was applied to scientifically map the visual landscape from selected viewpoints. The study categorised two main landscape types namely natural and manmade. The natural landscape observed is shaped by three rock diversities, namely limestone, clastic sedimentary and igneous. The man made or built landscape consisted of business premises, fishing jetty, and fishing community settlement. Limestone karstic landscape was identified as the dominant natural landscape in this area. Survey results show that most local communities shared similar views on its aesthetic beauty. About 88% of the respondents agreed that the scenic beauty of Pantai Penarak was due to natural landscape while 13% agreed that it was contributed by both man made and natural landscapes. The study shows that most of the local communities have basic understanding of geology and are able to relate the sketched geological landscape to the observed landscape. It is important to note that most of them strongly viewed that any future development in this area should take necessary considerations to preserve the natural landscape.

Keywords: geological heritage, landscape of scenic beauty, local community perception, Pantai Penarak, Langkawi

https://doi.org/10.7186/bgsm56201016


Notice: Undefined index: request in /home/gsmorgmy/public_html/wp-content/plugins/jet-engine/includes/components/listings/render/listing-grid.php on line 1246