Warisan geologi Negeri Perlis (Geological heritage of Perlis State)

702001-100382-173-B
Author : Basir Jasin
Publication : Bulletin of the Geological Society of Malaysia
Page : 87 - 93
Volume Number : 56
Year : 2010
DOI : https://doi.org/10.7186/bgsm56201013

Bulletin of the Geological Society of Malaysia 56, December 2010, pp. 87-93

 

Warisan geologi Negeri Perlis

Basir Jasin

Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam,
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia
Alamat emel: basir@pkrisc.cc.ukm.my

 

Abstrak— Negeri Perlis mempunyai banyak khazanah geologi yang unik. Negeri Perlis mempunyai jujukan batuan samudera berusia dari Kambrian hingga ke Trias di wakili oleh empat formasi utama batuan iaitu Formasi Machinchang, Formasi Setul, Formasi Kubang Pasu dan Formasi Chuping. Mutakhir ini Formasi Mahang telah ditemui tersingkap di Hulu Pauh. Di samping itu terdapat juga endapan kebenuaan terdiri daripada Lapisan Bukit Arang berusia Tertier. Kegiatan pengkuarian telah mendedahkan banyak maklumat mengenai geologi seperti sempadan formasi batuan dan fosil. Sempadan antara Formasi Setul dan Formasi Kubang Pasu dapat dicerap di Guar Sanai dan Utan Aji. Sempadan antara Formasi Mahang dan Formasi Kubang Pasu tersingkap di Bukit Tuntung. Formasi Setul mengandungi banyak fosil seperti stromatolit, trilobit, graptolit, tentakulit dan brakiopod. Formasi Kubang Pasu pula mengandungi banyak fosil bivalvia, karang, brakiopod, sefalopod dan trilobit yang berusia Karbon Awal. Fosil yang paling penting dalam Formasi Kubang Pasu ialah Monodiexodina (Foraminifera) berusia Perm Awal. Fosil ini merupakan fosil di sekitaran samudera sejuk yang ditemui di blok Sibumasu yang terletak di bahagian selatan benua Cimmeria yang bergabung dengan Gondwana pada masa Karbon. Aktiviti pengkuarian di Perlis masih lagi giat dijalankan dan banyak maklumat warisan geologi dan geotapak sedang dimusnahkan. Adalah diharapkan, sebelum terlambat satu pelan tindakan perlu diambil oleh pihak berkuasa berkenaan untuk mengawasi dan memulihara geotapak tersebut.

Kata kunci: warisan geologi, geotapak, ancaman geowarisan, Perlis

 

Geological heritage of Perlis State 

AbstractPerlis has many unique geological resources. It has a rock sequence from Cambrian to Triassic represented by four main formations i.e. the Machinchang, Setul, Kubang Pasu and Chuping Formations. Recently, the Mahang Formation was found at Hulu Pauh. A Tertiary continental deposits was also found at Bukit Arang Beds of Tertiary age. Quarrying activities exposed more geological information, such as the boundary of the rock formations and fossils. The boundary between the Setul and Kubang Pasu Formations can be observed at Guar Sanai and Utan Aji. The boundary between the Mahang and the Kubang Pasu Formations is exposed at Bukit Tuntung. The Setul Formation contains a lot of fossils such as stromatolites, trilobites, graptolites, tentaculites and brachiopods. The Kubang Pasu Formation contains bivalves, corals, brachiopods, cephalopods and trilobites of Early Carboniferous in age. The most important fossil in the Kubang Pasu Formation is the Early Permian Monodiexodina (Foraminifera). This is a cold water form found in the Sibumasu Block which formed the southern part of the Cimmerian block which was attached to the Gondwana during the Carboniferous. Quarrying activities in Perlis are still actively progressing, thus more geological heritage information and geosites are undergoing destruction. Action plan must be taken by the relevant authority to protect and conserve these geosites before it is too late.

Keywords: geological heritage, geosites, geoheritage threat, Perlis

 https://doi.org/10.7186/bgsm56201013