Fosil ammonoid berusia Trias Tengah dari Aring, Kelantan, Malaysia ( Middle Triassic ammonoid fossils from Aring, Kelantan, Malaysia)

702001-100345-193-B
Author : Ahmad Rosli Othman & Mohd Shafeea Leman
Publication : Bulletin of the Geological Society of Malaysia
Page : 53 - 59
Volume Number : 56
Year : 2010
DOI : https://doi.org/10.7186/bgsm56201008

Bulletin of the Geological Society of Malaysia 56, December 2010, pp. 53 – 59

 

Fosil ammonoid berusia Trias Tengah dari Aring, Kelantan, Malaysia

Ahmad Rosli Othman1,2 & Mohd Shafeea Leman2,3

1Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Wisma Persekutuan, 15200 Kota Bharu, Kelantan
2Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI),
3Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor

 

Abstrak— Sebanyak 13 spesies fosil ammonoid berusia Trias Tengah telah ditemui dari dua singkapan batuan sedimen Formasi Telong. Singkapan-singkapan ini terletak dalam Felda Aring 5, di sepanjang jalanraya yang menghubungi Bandar Gua Musang dan Kuala Berang. Lokaliti-lokaliti ini mengandungi dua himpunan ammonoid yang boleh dikorelasikan dengan Zon Ammonoid Piawai bagi rantau Tethys. Lokaliti QZ480 mengandungi empat spesies ammonoid iaitu Balatonites cf. B. balatonicus, Danubites kansa, Kellnerites samneuensis, Hollandites sp. dan Acrocordiceras sp., manakala lokaliti QZ467 pula mengandungi lapan spesies iaitu Frankites regoledanus, Frankites apertus, Celtites epolensis, Clionitites sp., Protrachyceras costulatum, Anolcites sp., Joannites sp. dan Megaphyllites jarbas. Secara biostratigrafinya, himpunan ammonoid lokaliti QZ480 mencirikan Subzon Balatonicus bagi Zon Balatonites yang berusia Anisian tengah manakala himpunan ammonoid lokaliti QZ467 pula mencirikan Subzon Regoledanus bagi Zon Protrachyceras yang berusia akhir Ladinian. Berdasarkan korelasi, kajian ini menyokong idea yang menyatakan bahawa kawasan kajian yang boleh dikorelasikan dengan Lembangan Trias Lampang-Phrae terletak dalam Terain Sukhothai dalam Blok Shan-Thai kepunyaan mandala Cathaysian. Himpunan-himpunan fosil ammonoid ini mempunyai nilai warisan saintifik yang tinggi khususnya dalam peranannya sebagai penanda usia yang baik pada zaman Trias.

Kata Kunci: himpunan ammonoid, Anisian, Ladinian, Trias Tengah, Aring, Kelantan

 

Middle Triassic ammonoid fossils from Aring, Kelantan, Malaysia 

Abstract— Some 13 species of Middle Triassic ammonoid fossils were discovered from two outcrops of sedimentary rocks belonging to the Telong Formation. The outcrops are located within the Felda Aring 5, along the road connecting Gua Musang Town and Kuala Berang. These two localities contained two ammonoid assemblages that are correlatable with the Standard Ammonoid Zone of the Tethyan region. Locality QZ480 contains four ammonoid species i.e. Balatonites cf. B. balatonicus, Danubites kansa, Kellnerites samneuensis, Hollandites sp. and Acrocordiceras sp., while locality QZ467 contains eight species i.e. Frankites regoledanus, Frankites apertus, Celtites epolensis, Clionitites sp., Protrachyceras costulatum, Anolcites sp., Joannites sp. and Megaphyllites jarbas. Biostratigraphically, ammonoid assemblage of locality QZ480 characterize the middle Anisian Balatonicus Subzone of Balatonites Zone while those of locality QZ467 characterize the late Ladinian Regoledanus Subzone of Protrachyceras Zone. Based on correlation, the results support the idea that the study area which can be correlated to the Triassic Lampang-Phrae Basin located on the Sukhorthai Terrain of Shan-Thai Block, belonging to the Cathaysian domain. The ammonoid assemblages pose a high scientific heritage value, particularly in their role as good age indicators for the Triassic.

Keywords: ammonoid assemblage, Anisian, Ladinian, Middle Triassic, Aring, Kelantan

 https://doi.org/10.7186/bgsm56201008