Bulletin of the Geological Society of Malaysia 56, December 2010,pp. 49- 52
Minerals and Geoscience Department Malaysia, Locked Bag 2042, 88999 Kota Kinabalu, Sabah
Email address: joannes@jmg.gov.my
Abstract— Natural oil seepages occur at Kampung Minyak in the Kudat Peninsula, Northern Sabah. The oil seepages were discovered by the British Borneo Exploration Company in the early 20th century. The occurrence of the strange black liquid seeping out from the earth had astounded local community during the olden days and had turned the site into a sacred ground. Local belief and practices later evolved from this geological phenomenon. The oil seepages are the geoheritage resource of the area and have high scientific, recreational, cultural and historical values and high geotourism potential. The site provides an ideal field site for research and education in geology, environment and related fields. The site which is under private land could be damaged in the future due to vandalism, foot trampling and unregulated development. Presently, visitors under homestay programmes are brought to the oil seepages site mainly due to its recreational and cultural attractions. The tourism potential of the area could be enhanced if the geoscientific values could be imparted to the visitors so that they can appreciate the geoheritage value of the oil seepages. At the same time, local community would be encouraged to protect the site because of its economic benefits. For this purpose, appropriate interpretation and basic infrastructures should be provided. There should be a smart partnership among stakeholders (local community, tourism industry and local authority) to ensure a successful geoconservation and geotourism development through proper planning and management of the site.
Keywords: Kampung Minyak, Kudat, oil seepages, geoheritage, geotourism
Abstrak— Tirisan minyak semulajadi wujud di Kampung Minyak di Semenanjung Kudat. Tirisan minyak itu ditemui oleh British Borneo Exploration Company pada awal kurun ke dua puluh. Kewujudan bendalir hitam yang meniris keluar dari perut bumi telah menakjubkan masyarakat tempatan pada masa lampau dan telah menjadikan tempat itu sebagai tanah keramat. Kepercayaan dan amalan tempatan kemudian berkembang daripada fenomena geologi itu. Tirisan minyak itu merupakan sumber geowarisan dan mempunyai nilai saintifik, rekreasi, budaya dan sejarah serta potensi geopelancongan yang tinggi. Tempat itu menyediakan tapak yang sesuai bagi penyelidikan dan pembelajaran dalam geologi, alam sekitar dan bidang-bidang lain yang berkaitan. Tapak milik persendirian itu terdedah kepada kebinasaan pada masa akan datang akibat vandalisma, pijakan kaki dan pembangunan yang tidak teratur. Pada masa ini, pelawat di bawah program inap desa dibawa ke sana disebabkan nilai-nilai rekreasi dan budaya. Potensi pelancongan kawasan itu mampu ditingkatkan jika nilai-nilai geosaintifik dapat disampaikan kepada pelawat-pelawat agar mereka dapat menghargai nilai geowarisan tirisan minyak itu. Pada masa yang sama, masyarakat tempatan akan mendapat galakkan untuk memelihara tapak itu disebabkan oleh faedah ekonomi yang mereka akan perolehi. Bagi maksud ini, interpretasi yang sesuai dan infrastruktur asas perlu disediakan. Suatu perkongsian yang bijak perlu dijalinkan dikalangan pihak berkepentingan (masyarakat tempatan, industri pelancongan dan pihak berkuasa tempatan) bagi memastikan pembangunan geopemuliharaan dan geopelancongan akan berjaya melalui perancangan dan pengurusan yang sesuai terhadap tapak itu.
Kata kunci: Kampung Minyak, Kudat, tirisan minyak, geowarisan, geopelancongan
https://doi.org/10.7186/bgsm56201007