Sifat geologi kejuruteraan batuan kuarzit di Bangi Golf Resort, Bandar Baru Bangi, Selangor D.E.

702001-100461-259-B
Author : Abdul Ghani Rafek, Siti Rashidah Mohd Rasid & Abdul Rahim Samsudin
Publication : Bulletin of the Geological Society of Malaysia
Page : 19-21
Volume Number : 45
Year : 2002
DOI : https://doi.org/10.7186/bgsm45200203

Geological Society of Malaysia Annual Geological Conference 2002, May 26-27 2002, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Sifat geologi kejuruteraan batuan kuarzit di Bangi Golf Resort,
Bandar Baru Bangi, Selangor D.E.

ABDUL GHANI RAFEK, SITI RASHIDAH MOHD RASID & ABDUL RAHIM SAMSUDIN

Program Geologi

Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam

Fakulti Sains dan Teknologi

Universiti Kebaangsaan Malaysia 43600 Bangi, Selangor.

 

 Abstrak: Gabungan tiga ujian indeks, iaitu ujian pantulan tukul Schmidt, ujian indeks beban titik dan ujian penetrometer poket dapat membezakan bahan batuan kuarzit dengan gred luluhawa yang berbeza di kawasan Bangi Golf Resort, Bandar Barn Bangi, Selangor D.E. Kuarzit yang segar atau gred I yang berwarna keputihan cerah, mempunyai nilai pantulan tukul Schmidt di antara 22 hingga 33 dengan nilai kekuatan beban titik, 1S(50) di antara 1.0-2.0 MPa. Batuan kuarzit gred II mempunyai jalur-jalur kemerahan sepanjang satah ketakselanjaran utarna dengan nilai 13-22 bagi nilai pantulan tukul Schmidt dan nilai 1′(50) di antara 0.5-0.9 MPa. Bahan gred III masih menghasilkan bacaan tukul Schmidt, iaitu 10-12 dengan 1s(50) di antara 0.15-0.45 MPa. Sebahagian besar bahan gred IV bersifat tanih kaku, tiada nilai pantulan tukul Schmidt dan 1′(50) dan penetrometer poket menghasilkan bacaan antara 0.2-0.45 MPa. Survei seismos biasan menghasilkan nilai halaju sebenar gelombang P, Vp di antara 1,400-1,500 m/s bagi gred I dan II, 500-800 m/s bagi gred III dan IV dan nilai purata 400 m/s bagi gred V dan VI.

https://doi.org/10.7186/bgsm45200203


Notice: Undefined index: request in /home/gsmorgmy/public_html/wp-content/plugins/jet-engine/includes/components/listings/render/listing-grid.php on line 1266