Kaitan struktur dan canggaan dengan pemineralan emas di Selinsing Gold Mine, Pahang

702001-100464-262-B
Author : Mohd Basril Iswadi Basori, Ibrahim Abdullah & Wan Fuad Wan Hassan
Publication : Bulletin of the Geological Society of Malaysia
Page : 33-37
Volume Number : 55
Year : 2009
DOI : https://doi.org/10.7186/bgsm55200906

Bulletin of the Geological Society of Malaysia, Volume 55, November 2009, pp. 33-37

Kaitan struktur dan canggaan dengan pemineralan emas di Selinsing Gold Mine, Pahang

Mohd Basril Iswadi Basori, Ibrahim Abdullah & Wan Fuad Wan Hassan

Program Geologi, Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor

 

Abstrak— Selinsing Gold Mine, Pahang merupakan kawasan lombong emas yang aktif. Litologi yang melitupi kawasan ini didominasi oleh batuan sedimen (syal, batu lempung, batu lodak, batu kapur) dan batuan volkano (syal/ lodak bertuf, tuf litik-berpasir halus) yang termetamorf gred rendah. Ia merupakan sebahagian daripada jujukan batuan Formasi Gua Musang berusia Perm-Trias. Pemineralan emas berlaku dalam telerang kuarza dan perubahan batuan dinding yang berkaitan dengan jalur sesar dan zon ricih utama berarah hampir utara-selatan dan timurlaut-baratdaya di kawasan ini. Mineral yang berasosiasi bersama emas terdiri daripada pirit, arsenopirit, kalkopirit, tetrahedrit dan sfalerit. Surihan syilit, goetit, karbonat, karbon dan muskovit juga hadir. Kajian lapangan menunjukkan batuan telah mengalami perlipatan, membentuk penyesaran mendatar serta penyesaran songsang selain daripada pembentukan sistem telerang kuarza. Berdasarkan perkaitan yang ditunjukkan oleh struktur-struktur, dua fasa canggaan yang bertindak ditentukan. Canggaan generasi pertama berlaku semasa Trias telah dihasilkan oleh mampatan dari timur-timurlaut membentuk struktur lipatan utama. Seterusnya, mampatan ini juga menyebabkan canggaan generasi pertama fasa lewat, menghasilkan sesar songsang dan sesar mendatar kanan arah utara-selatan, lipatan terlipat semula yang berasosiasi dengan sesar songsang dan sistem telerang kuarza yang berkaitan dengan arah ini. Sistem mampatan yang berkaitan dengan canggaan generasi kedua bertindak dari arah hampir timurbarat menerbitkan sistem zon ricih mendatar dan telerang kuarza. Pembentukan telerang kuarza berasosiasi terutamanya dengan zon ricih mendatar kanan.

Kata kunci: struktur geologi, cangaan, pemineralan emas, Selinsing Gold Mine

 

The relationships of structure and deformation to the gold mineralization in Selinsing Gold Mine, Pahang

Abstract— Selinsing Gold Mine, Pahang is an active mining area. The underlying lithology is dominated by sedimentary rocks (shale, mudstone, siltstone, limestone) and volcanic rocks (tuffaceous siltstone/shale, lithic tuff to tuffaceous sandstone) which have undergone low grade metamorphism. The rocks belong to the Gua Musang Formation of Late Permo-Triassic age. The gold mineralisation occurs in quartz veins and wall rocks with intensive alteration that are related to the N-S and NE-SW lateral faults and shear zones. Common minerals associated with gold are pyrite, arsenopyrite, chalcopyrite, tetrahedrite and sphalerite. Traces of scheelite, goethite, carbonate, carbon and muscovite are also observed. Field studies indicate that in addition to the development of quartz veins system, the rocks have also been folded and experienced lateral or reverse faulting. Based on the relationship of the structures, two phases of deformation were determined. The first deformation generation occured during the Triassic, resulted by a compression from east-southeast, which produced the main folds. The late phase of the first deformation also resulted in the formation of reverse faults, NS dextral lateral faults and refolded folds associated with reverse faults and quartz veins. Second deformation was resulted from east-west compression system, forming lateral shear zones and quartz veins. Formation of quartz veins are mainly related to the right lateral faults.

Keywords: structural geology, deformation, gold mineralization, Selinsing Gold Mine

https://doi.org/10.7186/bgsm55200906


Notice: Undefined index: request in /home/gsmorgmy/public_html/wp-content/plugins/jet-engine/includes/components/listings/render/listing-grid.php on line 1246