Gua dalam Batu Kapur Balambangan, Pulau Balambangan, Sabah (Caves of Balambangan Limestone, Balambangan Island, Sabah).

702001-100495-293-B
Author : Kamal Roslan Mohamed dan Che Aziz Ali
Publication : Bulletin of the Geological Society of Malaysia
Page : 119-123
Volume Number : 53
Year : 2007
DOI : https://doi.org/10.7186/bgsm53200718

Bulletin of the Geological Society of Malaysia, Volume 53, June 2007, pp. 119 – 123

Gua dalam Batu Kapur Balambangan, Pulau Balambangan, Sabah (Caves of Balambangan Limestone, Balambangan Island, Sabah)

Kamal Roslan Mohamed dan Che Aziz Ali

Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam, Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia


Abstrak: Geologi Pulau Balambagan boleh dibahagikan kepada alluvium pantai dan sungai, tiga formasi batuan sedimen dan juga batuan igneus ultrabasik. Formasi batuan sedimen terdiri daripada Formasi Chert-Spillit, Formasi Bongaya dan Formasi Timohing. Pada zaman Miosen (sekitar 10 juta tahun dahulu) pasir dan terumbu karang telah terbentuk di sekitaran laut cetek. Kumpulan endapan sedimen inilah yang membentuk Formasi Bongaya. Terumbu karang tersebut sekarang ini dipanggil Batu Kapur Balambangan yang tersingkap di bahagian selatan pulau. Batu kapur ini mempunyai banyak hidupan karang dahulu yang masih berkedudukan sepertimana ia hidup, serta pecahan dan serpihan karang lain. Gua batu kapur adalah satu fitur penting yang ditemui dalam Batu Kapur Balambangan. Mengikut masyarakat tempatan, dalam Batu Kapur Balambangan ini terdapat lebih daripada 20 buah gua dan empat daripada gua-gua ini telah kami petakan dengan terperinci. Kebanyakan gua-gua lain masih belum diteroka dan didokumenkan. Semua gua-gua ini sangat istimewa kerana ia mempunyai formasi gua yang cantik dan unik seperti stalaktit, stalagmit, batu alir, straw dan banyak lagi. Selain itu, gua-gua ini juga mempunyai nilai saintifik yang tinggi. Jika dimusnahkan, kita semua tidak lagi boleh mewarisi warisan yang tidak ternilai ini kepada generasi yang akan datang. Walaupun banyak lagi gua-gua lain yang terdapat di Sabah, gua di Pulau Balambangan sangat istimewa kerana keindahan fitur guanya (sama ada bersaiz besar atau kecil) dan sebahagian fitur ini masih atau sedang membesar. Jadi gua-gua ini mempunyai kepentingan saintifik dan perlu dipelihara.

 

Abstract: The geology of Balambangan Island can be divided into coastal and river alluvium, three sedimentary formations and ultrabasic igneous rocks. The sedimentary formations are the Chert-Spillite Formation, Bongaya Formation and Timohing Formation. Sands and coral reefs were deposited in shallow marine environments during the late Miocene time (about 10 Ma). This group of sediments is included in the Bongaya Formation. The coral reef is now called the Balambangan Limestone that outcrops in the southern part of the island. It consists of mainly corals in living position and coral fragments. Limestones caves are special features found on Balambangan Island especially in the Balambangan Limestone. According to the local community, there are more than 20 caves in the Balambangan limestone and out of these four caves have been studied and mapped in detail. The rest are still unexplored and undocumented. All the caves are special as that they contain a lot of beautiful and unique cave formations in the form of stalactites, stalagmites, flow stone, straw and many other speleotems. These caves also have great scientific value and if destroyed we will not have any chance to study let alone to pass on this valuable heritage to the next generations. These caves have regional scientific importance and should be conserved.

https://doi.org/10.7186/bgsm53200718