Pengezonan batuan dan penaburan mineral bijih dalam longgokan skarn di Bukit Botak: Kajian dari segi petrologi, mineralogi bijih dan geokimia

702001-100532-330-B
Author : S.H. Goh, G.H. Teh & Mohd Rozi Bin Umor
Publication : Bulletin of the Geological Society of Malaysia
Page : 173-181
Volume Number : 51
Year : 2005
DOI : https://doi.org/10.7186/bgsm51200521

Bulletin of the Geological Society of Malaysia, Volume 51, June 2005, pp. 173 - 181

 

PENGEZONAN BATUAN DAN PENABURAN MINERAL BIJIH DALAM LONGGOKAN SKARN DI BUKIT BOTAK: KAJIAN DARI SEGI PETROLOGI, MINERALOGI BIJIH DAN GEOKIMIA

S.H. Goh1, G.H. Teh2 & Mohd Rozi Bin Umor1

1Program Geologi, Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Selangor

2Department of Geology, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur

 

Abstrak: Kajian pengelasan longgokan skarn di Bukit Botak dilakukan dengan berdasarkan data petrologi, mineralogi bijih dan geokimia. Secara keseluruhannya, longgokan ini boleh dikelaskan kepada jenis skarn kalsik yang biasanya didominasi dengan piroksen, wollastonit dan garnet. Lubang gerudi M15 sedalam 391 m dipilih dari bahagian zon A yang kaya dengan Cu dan Au. Sebanyak 36 sampel keratan nipis dan 32 sampel irisan gilap telah disediakan untuk kajian petrologi dan mineralogy bijih. Sebanyak 58 sampel telah dipilih untuk analisis AAS dan ICP bagi 17 unsur logam yang utama. Skarn yang dicerap dalam lubang gerudi M15 dapat dibahagikan kepada dua bahagian, bahagian A yang kaya dengan mineral bijih (45 - 65 %) dan bahagian B yang kurang mineral bijih (3 -15 %). Bahagian A terdiri sepenuhnya daripada eksoskarn piroksen (zon 1), dan bahagian B dibahagikan kepada empat zon yang utama, zon 2 dan zon 3 terdiri daripada hornfels dan hornfels yang kaya kuarza. Zon 4 adalah terdiri daripada skarnoid yang nipis dan zon 5 adalah jenis eksoskarn garnet yang berselang lapis dengan hornfels. Manakala zon 6 merupakan batuan batolitos metasedimen bagi skarn ini, iaitu batuan filit yang berasal dari Lapisan Seri Jaya. Hasil kajian menunjukkan kebanyakan mineral bijih menumpu dalam zon eksoskarn piroksen berbanding dengan eksoskarn garnet dan hornfels. Emas didapati wujud dalam kepekatan yang tinggi dalam eksoskarn piroksen dan sangat sedikit dalam eksoskarn garnet dan hornfels. Manakala, kehadiran timah adalah tertumpu dalam hornfels sahaja, dan tidak di kesani dalam eksoskarn piroksen. Di samping itu, satu model pembentukan batuan skarn telah dicadangkan bagi longgokan Bukit Botak, ia terdiri daripada 5 peringkat yang utama, iaitu I) penerobosan magma yang menghasilkan hornfels; II) penyusupan larutan hidroterma yang membentuk endoskarn dan eksoskarn piroksen; III) penyusupan yang seterusnya membentuk proksimal eksoskarn garnet; IV) penyejukan berlaku dan proses ‘retrograde‘ bermula, mineral mula mengendap; V) pengendapan emas dalam telerang.

 

Abstract: Categorization study at Bukit Botak skarn deposit is based on petrology, ore mineralogy and geochemical studies. Generally, the deposit can be categorized as calcic skarn which is dominated by pyroxene, wollastonit and garnet. A borehole M15 as deep as 391 m was selected from zone A which is rich with Cu and Au. 36 samples of thin sections and 32 samples of polished thin sections were prepared for petrology and ore mineralogy studies. Among all the samples, 58 samples were selected for AAS and ICP analysis on key metal elements. The observed skarn of borehole M15 can be divided into 2 sections, section A is rich of ore minerals (45 - 65%) and section B is lack of ore minerals (3 -15 %). Section A is mainly includes pyroxene exoskarn (zone 1) whereas section B is inclusive of 4 key zones. Zone 2 and 3 are hornfels and quartz-rich hornfels. Zone 4 is thin skarnoid and zone 5 is type of garnet exoskarn interbeded with hornfels. Zone 6 is metasedimentary batholiths of the skarn, which is phyllite from Seri Jaya Beds. The study showed that most ore minerals are distributed in pyroxene exoskarn compared to garnet exoskarn and hornfels. Similarly, gold is found with high concentration in pyroxene exoskarn and minor in garnet exoskarn and hornfels. Meanwhile, tin is distributed in hornfels only and almost not found in pyroxene exoskarn. On the other hand, a model of skarn formation is proposed for Bukit Botak deposit. It contains 5 important stages as following, I) the intrusion of pluton form hornfels; II) infiltration of hydrothermal forms endoskarn and pyroxene exoskarn; III) further infiltration forms proximal garnet exoskarn; IV) cooling effect encourages retrograde process and precipitation of ore minerals; V) gold precipitate in veins.

https://doi.org/10.7186/bgsm51200521