Significance of Early Carboniferous Radiolaria from Langkap, Negeri Sembilan, Malaysia

702001-100545-343-B
Author : Basir Jasin and Che Aziz Ali
Publication : Bulletin of the Geological Society of Malaysia
Page : 59-62
Volume Number : 41
DOI : https://doi.org/10.7186/bgsm51200508

Bulletin of the Geological Society of Malaysia, Volume 51, June 2005, pp. 59 – 62

 

Sifat Kimia Tanah Serta Keupayaan Penjerapan Logam Berat Oleh Tanah Di Sekitar Negeri Selangor

Suzana Ismail, Wan Zuhairi Wan Yaacob & Abdul Rahim Samsudin

Program Geologi, Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM, Bangi, Selangor D.E.

 

Abstrak: Kajian sifat kimia tanah serta keupayaan penjerapan logam berat plumbum (Pb), kuprum (Cu) dan nikel (Ni) oleh tanah baki granit dari Broga (BRGr), tanah metasedimen terluluhawa dari Air Hitam (AHMs), tanah endapan sungai dari Ampar Tenang (ATRa) dan tanah metasedimen dari Kalumpang (KLMs) dilakukan dengan menggunakan kaedah Batch Equilibrium Test (BET). Sifat kimia tanah ditentukan dengan ujian nilai pH, kandungan bahan karbonat, kandungan bahan organik dan keupayaan pertukaran kation (CEC). Tanah KLMs mempunyai nilai pH yang paling tinggi yang berjulat dari 5.45-5.79, manakala pH terendah pada tanah ATRa yang berjulat 3.96-4.08. Tanah BRGr mempunyai kandungan bahan karbonat (0-0.2%), organik (0-0.1%) serta nilai CEC (1.37-1.89meq/100g) yang terendah manakala yang tertinggi adalah tanah ATRa dengan kandungan karbonat (7.25-8.20%), organik (12.04-13.05%) dan CEC (6.68-8.48meq/100g). Bagi ujian penjerapan, terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kadar penjerapan logam berat oleh tanah seperti faktor perubahan kepekatan, perubahan masa, perubahan kedalaman, perubahan nilai pH, dan kesan penambahan kandungan komponen tanah iaitu bahan berkapur, bahan organik dan bahan amorfus. Keupayaan penjerapan Pb oleh tanah; ATRa> KLMs> BRGr> AHMs, penjerapan Cu oleh tanah; ATRa> BRGr> AHMs> KLMs dan penjerapan Ni oleh tanah; ATRa> AHMs> BRGr> KLMs. Keselektifan logam berat untuk penjerapan oleh keempat-empat jenis tanah: Pb> Cu> Ni.

 

Abstract: Chemical tests and the sorption capability of granitic soil from Broga (BRGr), weathered metasediment from Air Hitam (AHMs), river alluvium from Ampar Tenang (ATRa) and metasediment soil from Kalumpang (KLMs) against various heavy metals, i.e. lead (Pb), copper (Cu) and nickel (Ni) were undertaken using the Batch Equilibrium Test (BET). The chemical tests determined were pH value, carbonate content, organic content and cation exchange capacity (CEC). The KLMs soil has highest pH (5.45-5.79) and while lowest pH is shown by ATRa soil (3.96-4.08). The percentages of carbonate content in BRGr soil are 0-0.2%, organic (0-0.1%) and CEC (1.37-1.89meq/100g) are the lowest among the soils. The highest values are ATRa soil with carbonate contents (7.25-8.20%), organic (12.04-13.05%) and CEC (6.68-8.48meq/100g). For the sorption tests, there are different factors that control the sorption process, such as concentration of heavy metals, time of agitation, sampling depth, pH of the system, and an addition of various soil active components (i.e. lime, organic matter and amorphous material). The adsorption capability on Pb by soils; ATRa> KLMs> BRGr> AHMs, adsorption capability on Cu by soils; ATRa> BRGr> AHMs> KLMs and adsorption capability on Ni by soils; ATRa> AHMs> BRGr> KLMs. The selective heavy metals on adsorption capability by all four types of soil; Pb> Cu> Ni.

https://doi.org/10.7186/bgsm51200508