Bulletin of the Geological Society of Malaysia, Volume 49, April 2004, pp. 19 – 24
Program Geologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan
Abstrak: Dua puluh taksa radiolaria telah dikenal pasti daripada sampel yang diambil daripada singkapan rijang yang terdapat dalam batuan Paleozoik Atas di Utara Perak. Ini merupakan suatu penemuan baru fosil radiolaria di kawasan tersebut. Himpunan fosil radiolaria ini mewakili Zon Himpunan Albaillella deflandrei yang menunjukkan usia awal Tournaisian, Karbon Awal. Radiolaria yang berusia Tournaisian ini didapati daripada banyak lokasi di Semenanjung Malaysia dan juga di seluruh dunia. Pembentukan rijang beradiolaria pada masa Tournaisian berlaku secara global dan dikenali sebagai period hipersilika Tournaisian. Himpunan radiolaria ini mengisi wilayah paleobiogeografi dalam lautan Paleo-Tethys.
Abstract: Twenty radiolarian taxa were identified from a chert sample collected from an outcrop of Upper Paleozoic rocks in North Perak. This is a new discovery of radiolarians in the area. The radiolarian assemblage represents the Albaillella deflandrei Assemblage Zone that indicates an age of Tournaisian, Early Carboniferous. Tournaisian radiolarians were found in many localities in Peninsular Malaysia and worldwide. Development of radiolarian chert during the Tournaisian was a worldwide event and is known as a hypersiliceous period. The radiolarian assemblage occupied paleobiogeographic province in the Paleo-Tethys ocean.
https://doi.org/10.7186/bgsm49200404