Bulletin of the Geological Society of Malaysia, Volume 46, May 2003, pp. 247 – 253
1Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor
2Jabatan Mineral dan Geosains Sarawak
Abstrak: Amber Merit Pila dijumpai bersama-sama lapisan arang batu di dalam batuan sedimen Formasi Nyalau. Pada masa ini arang batu sedang dilombong dan amber telah dikeluarkan sebagai bahan sisa perlombongan. Amber Merit Pila merupakan satu-satunya lokaliti jumpaan amber yang bermakna. Kehadiran amber menunjukkan kepelbagaian yang tinggi, khususnya daripada aspek saiz, warna dan tekstur dalaman. Satu daripada amber seberat 23 kg telah dikeluarkan daripada lombong ini dipercaya yang terbesar di dunia. Amber Merit Pila bernilai warisan tinggi, terutamanya daripada perspektif saintifik dan estetik. Satu bentuk pemuliharaan berinovatif perlu diperkenalkan untuk menghindar kita dan generasi akan datang kehilangan sumber warisan negara yang unggul ini.
Abstract: Merit Pila amber was formed together within a layer of coal in the Nyalau Formation. At present, as the coal is being mined, the amber is being extracted as a waste by-product. Merit Pila amber is an extremely significant discovery. The presence of the amber underlines its high diversity, specifically from the perspective of size, colour and internal texture. One of the ambers which has been extracted weighs 23 kg, believed to be the biggest in the world. As a heritage, Merit Pila amber has tremendous heritage value, especially from the scientific and aesthetic perspective. An innovative conservation method has to be developed to ensure that we and future generations will not be deprived of this unique earth heritage.
https://doi.org/10.7186/bgsm46200341