Geological Society of Malaysia, Bulletin 48
June 2004, p. 121-124
Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam, Fakulti Sains dan Teknologi
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan
Abstrak: Satu kajian geofizik telah dilakukan di sekitar Dengkil-Morib untuk mengkaji struktur aluvium Holosen Formasi Gula dan Beruas. Formasi Beruas dibentuk oleh bahan gambut dan gambut berlempung serta lodak dan pasir manakala Formasi Gula adalah terdiri daripada lempung, lodak, pasir dan kelikir. Kedua-dua Formasi tersebut terendap di atas batuan syal Formasi Bukit Kenny yang berusia Karbon. Survei geofizik yang dilakukan ialah tomografi geoelektrik 2D dan survei seismos pantulan. Pengukuran rintangan elektrik dilakukan dengan alat ABEM Terrameter SAS 1000/4000. Imej keberintangan 2D di setiap garis survei diperolehi dengan teknik pemprosesan model kesongsangan dan dibandingkan dengan maklumat lubang gerudi. Imej keberintangan kesemua garis survei menunjukkan pol a yang harnpir sarna iaitu berbentuk perlapisan dan perlapisan berkekanta berjulat keberintangan di antara 0.1 hingga 50 Om. Lapisan teratas berjulat keberintangan 0.1 hingga 5 Om ditafsirkan sebagai lempung dengan ketebalan sehingga 45 m. Lapisan kedua di bawahnya berkeberintangan 5 hingga 20 Om yang dirujuk sebagai pasir kasar dan kelikir pada kedalaman 45 hingga 70 m berdasarkan lubang gerudi. Julat keberintangan lapisan terbawah bernilai 20-50 Om yang
dikorelasikan sebagai batuan metasedimen yang terletak di kedalaman bawah daripada 70 m. Satu survei seismos pantulan sepanjang 1.7 km yang dilakukan menggunakan teknik pemprofilan titik kedalaman sepunya menunjukkan dengan jelas perlapisan lempung yang terletak di atas batu dasar metasedimen.
Abstract: A geophysical study was carried out around the Dengkil-Morib area to investigate the Holocene alluvial structure of the Gula and Beruas Formations. The Beruas Formation comprises peat and clayey peat material as well as silt and sand while the Gula Formation consists of clay, silt, sand and gravel. Both Formations were deposited on the Carboniferous shale of the Kenny Hill Formation. 2D geoelectrical tomography and reflection seismic surveys were employed. The geoelectrical resistivity measurement was carried out using ABEM Terrameter SAS 1000/4000. The 2D resistivity image for each survey line was calculated through inverse modelling and then compared with borehole data. Resistivity images of all the survey lines show a similar pattern of continuous layers with some lenses showing resistivity ranging from 0.1 to 50 Om. The topmost layer has resistivity ranging from 0.1 to 5 Om representing clay with a thickness of up to 45 m. The second layer at a depth of 45 to 70 m below surface has resistivity ranging from 5 to 20 Om, and is indicated as coarse sand with some gravel in the borehole data. The lowermost layer at a depth below 70 m shows resistivity values ranging from 20-50 Om and can be correlated with metasedimentary rocks. A 1.7 km seismic reflection survey using the common-depth-point profiling technique gives rise to a subsurface image which clearly shows the shape of clay layers residing on top of the metasedimentary bedrock.
https://doi.org/10.7186/bgsm48200423