Penggunaan teknik gelombang permukaan (SASW) dalam kajian geologi kejuruteraan

702001-100700-498-B
Author : Mohd Azmi Ismail, Abdul Rahim Samsudln, Khairul Anuar Mohd Nayan & Abdul Ghani Rafek
Publication : Bulletin of the Geological Society of Malaysia
Page : 329-334
Volume Number : 45
Year : 2002
DOI : https://doi.org/10.7186/bgsm45200251

Bulletin of the Geological Society of Malaysia, Volume 45, May 2002, pp. 329 – 334

 

Penggunaan teknik gelombang permukaan (SASW) dalam kajian geologi kejuruteraan

Mohd. Azmi Ismail1, Abdul Rahim Samsudin1, Khairul Anuar Mohd. Nayan2 & Abdul Ghani Rafek1

1Program Geologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi

2Jabatan Kejuruteraan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi

 

Abstrak: Teknik gelombang permukaan adalah teknik seismos tanpa musnah yang digunakan untuk menentukan sifat-sifat dinamik sub-permukaan pada tahap terikan yang rendah. Ujian lapangan boleh dilakukan samada di permukaan tanah atau turapan. Dengan penghasilan dan pengukuran gelombang permukaan di lapangan, lengkung serakan, iaitu plot halaju gelombang permukaan melawan panjang gelombang akan dihasilkan. Lengkung serakan ini seterusnya akan menjalani analisis songsangan bagi mendapatkan profil kekukuhan sebenar tapak berkenaan. Teknik ini berpotensi untuk digunakan dalam sektor kejuruteraan geologi. Hasil ujian gelombang permukaan yang dilakukan ke atas dua jenis tapak yang berlainan, iaitu teres potongan dan tambakan termampat adalah dibentangkan. Hasil ujian SASW dibandingkan dengan kaedah-kaedah ujian piawai seperti SPT dan meter-tekanan.

Abstract: Surface wave technique is a non-destructive seismic technique that can be used to determine the low-strain dynamic properties of sub-surface. This technique can either be performed on soil or pavement surfaces. By generating and measuring surface waves in the field, a dispersion curve of surface wave velocity versus wavelength is constructed. An inversion of the dispersion data was then employed to produce the actual stiffness profile of the site. The test method has potential applications in engineering geology sector. Results from surface wave tests on two different sites of cut and compacted fill terraces are presented. The results from SASW test were then compared to the standard test of the SPT and the pressure-meter tests.


Notice: Undefined index: request in /home/gsmorgmy/public_html/wp-content/plugins/jet-engine/includes/components/listings/render/listing-grid.php on line 1258