Geokimia batuan granit di sepanjang jalan dari Kangkar Pulai ke Pekan Nenas, Pontian, Johor Darul Takzim

702001-100711-517-B
Author : Nor Ibtisam Bt. Yunus & Mohd Rozi Umor
Publication : Bulletin of the Geological Society of Malaysia
Page : 217-223
Volume Number : 45
Year : 2002
DOI : https://doi.org/10.7186/bgsm45200232

Bulletin of the Geological Society of Malaysia, Volume 45, May 2002, pp. 217 – 223

 

Geokimia batuan granit di sepanjang jalan dari Kangkar Pulai ke Pekan Nenas, Pontian, Johor Darul Takzim

Nor Ibtisam Bt. Yunus dan Mohd. Rozi Umor

Program Geologi, Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor D.E.

 

Abstrak: Objektif kajian geokimia bagi batuan granit di beberapa buah kuari di sepanjang jalan daripada Kangkar Pulai ke Pekan Nenas ialah untuk menentukan kandungan unsur-unsur kimia dan sejarah penghabluran bagi batuan granit di kawasan kajian. Data bagi analisis geokimia dipersembahkan dalam bentuk gambarajah TAS, gambarajah Harker dan gambarajah A/CNK. Daripada tren analisis data yang diperolehi, batuan granit di kawasan kajian didapati terdiri daripada batuan peralumina dalam siri kalk-alkali tinggi K dan berjenis granit S. Keseluruhan batuan menunjukkan pembezaan semasa proses penghabluran. Melalui kajian ini, dapatlah disimpulkan bahawa batuan granit di kawasan kajian menghablur daripada magma yang berasal daripada batuan sedimen atau protolith.

 

Abstract: The objectives of studying the geochemistry of granitoid in a few quarry sites along the way from Kangkar Pulai to Pekan Nenas is to determine the chemical behaviour and crystallisation history of granitic rock. Analysis of geochemical data was performed through the TAS diagram, Harker diagram and A/CNK diagram. From the analysis trend, the granites are peraluminous and plot within high-k calc-alkaline series and S-type granite. All rocks show the differentiation trend in crystallisation process. Through this study, it is concluded that the granite is crystallized from magma, which came from sedimentary rocks or supracrustal protoliths.

https://doi.org/10.7186/bgsm45200232