Bulletin of the Geological Society of Malaysia, Volume 45, May 2002, pp. 145 – 148
Jabatan Kejuruteraan Awam dan Struktur, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia
Abstrak: Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah seismos biasan dalam mencirikan dua lapisan subpermukaan yang mempunyai ketumpatan yang berlainan di tapak pembinaan Kamsis H, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. Survei seismos biasan dijalankan di dua lokasi di tapak dan data yang diperolehi dianalisis mengikut Kaedah Masa Silang. Hasil analisis menunjukkan perbandingan yang baik dengan data aras ukur, aras tambakan dan juga data penanaman cerucuk di tapak.
Abstract: This research was carried out using the seismic refraction method in order to characterise two subsurface layers of different densities from a construction site at Kamsis H, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. The seismic. refraction survey was carried out at two locations of the site and the data was analysed using the Intercept Time Method. The results compared favourably with data from the land survey of the site, formation level of the fill and the piling records.
https://doi.org/10.7186/bgsm45200222