Perubahan fasies hidrokimia dalam akuifer aluvium pantai: Kajian kes di kawasan Pekan-Nenasi, Pahang

702001-100739-537-B
Author : Ismail C. Mohamad, Abdul Rahim Samsudin, Abdul Ghani Rafek & Mohd Tadza Abdul Rahman
Publication : Bulletin of the Geological Society of Malaysia
Page : 23-30
Volume Number : 45
DOI : https://doi.org/10.7186/bgsm45200204

Bulletin of the Geological Society of Malaysia, Volume 45, May 2002, pp. 23 - 30

 

Perubahan fasies hidrokimia dalam akuifer aluvium pantai: kajian kes di kawasan Pekan-Nenasi, Pahang

Ismail C. Mohamad1, Abdul Rahim Samsudin1, Abdul Ghani Rafek1 dan Mohd. Tadza Abdul Rahman2

1Program Geologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor

2Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (MINT), 43000 Bangi, Selangor

 

Abstrak: Kajian kimia air tanah telah dijalankan sebagai sebahagian daripada kajian hidrogeologi bagi mengenalpasti punca masalah peningkatan kadar kemasinan secara berterusan dalam akuifer air tawar di loji bekalan air awam Nenasi, Pekan, Pahang. Kajian di kawasan tersebut telah bermula pada tahun 1999 bagi tujuan menentukan sifat-sifat dan perlakuan akuifer aluvium pantai dari segi perubahan kimia air tanah kesan pengepaman tak terkawal di kawasan tersebut. Maklumat kajian ini menunjukkan bahawa berlakunya perubahan yang ketara terhadap kepekatan klorida terutamanya di kawasan loji bekalan air di Nenasi dan di kawasan ternakan belut di Tanjung Batu. Di kawasan Tanjung Batu, kepekatan klorida didapati melebihi had piawai air minuman yang ditetapkan oleh WHO. Kajian ini menunjukkan bahawa berlakunya penerobosan air masin yang serius di kawasan kajian.

 

Abstract: Study of ground water chemistry has been carried out as part of the hydrogeological studies to identify the cause of continuous increasing in salinity of the fresh water aquifer at the public water work in Nenasi, Pekan, Pahang. This study has been carried out since 1999 to determine the characteristic and behavior of the coastal alluvial aquifer in aspect of its chemical changes due to unchecked pumping activities in the area. Results had shown that, there is obvious change in chloride concentration especially at the public water work in Nenasi and eel breeding farm in Tanjung Batu. In Tanjung Batu area, chloride concentration has exceeded WHO standard for drinking water. This study indicates that there is a serious problem of saline water intrusion in the study area.

https://doi.org/10.7186/bgsm45200204