Penjelajahan geokimia sedimen sungai dan penentuan kualiti air di sekitar Lembangan Sungai Pahang, Pahang Darul Makmur

702001-100751-558-B
Author : Goh Swee Heng
Publication : Bulletin of the Geological Society of Malaysia
Page : 91-100
Volume Number : 44
Year : 2000
DOI : https://doi.org/10.7186/bgsm44200012

Bulletin of the Geological Society of Malaysia, Volume 44, July 2000, pp. 91 – 100

Penjelajahan geokimia sedimen sungai dan penentuan kualiti air di sekitar Lembangan Sungai Pahang, Pahang Darul Makmur

Goh Swee Heng

Jabatan Geologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor

 

Abstrak: Kawasan kajian merangkumi seluruh Lembangan Sungai Pahang yang disebarkan oleh Jaluran Emas Tengah dan Jaluran Timah Timur. Tiga aspek kajian telah dilakukan iaitu penjelajahan geokimia dengan menggunakan sedimen sungai, penentuan kualiti air sepanjang Sungai Pahang dan penentuan kualiti air tanah di sekitar Pekan. Dalam kajian penjelajahan geokimia, sebanyak 291 sampel sedimen dikutip untuk dianalisis unsur logam Sn, Pb, Cu, Zn, Fe, Mn, Ni, Cd, Cr dan Au. Sejumlah 26 zon anomali yang berpotensi permineralan telah dikenali dan sembilan antaranya merupakan zon yang sangat menarik. Tiga zon anomali yang mungkin membawa kepada penemuan longgokan bijih baru Fe-Mn dan Pb-Cu-Zn telah ditemui di bahagian selatan Temerloh, iaitu di sekitar Sungai Triang, Sungai Serting dan Sungai Bera. Sebanyak 291 sampel air sungai juga dikutip untuk kajian penentuan kualiti air Sungai Pahang. Parameter yang dianalisis termasuk parameter fizikal, kimia dan biologi. Berdasarkan kepada pengkelasan kualiti air, didapati kebanyakan bahagian Sungai Pahang dan cabang-cabangnya boleh dikelaskan dalam Kelas II, kecuali Sungai Luit, Sungai Jempul, Sungai Tekam, Sungai Bentong dan Sungai Chenderoh yang dikelaskan dalam Kelas III. Bagi kajian penentuan kualiti air bawah tanah pula, sebanyak 47 sampel air tanah telah dikutip dari duabelas lubang gerudi di sekitar Pekan. Parameter yang dianalisis termasuk parameter fizikal dan kimia. Empat sistem akuifer yang mempunyai ketebalan dan kandungan kimia yang berlainan telah dikesan di kawasan ini. Satu punca penerobosan air masin yang berlaku di sekitar Kuala Pahang telah ditemui dan didapati ia mempengaruhi kualiti air di sekitar Kampung Kuala Pahang dan Kampung Bentan. Bagi air tanah di lubang gerudi yang lain, semua airnya menunjukkan kualiti yang memuaskan dan sesuai untuk digunakan sebagai air domestik.

 

Abstract: The study area is located in the Sungai Pahang Basin and its immediate surrounding. The scope of study includes geochemical exploration using stream sediments, and determination of water quality of the entire stretch of Sungai Pahang as well as groundwater quality around Pekan. For geochemical exploration, a total of 291 stream sediment samples were collected for Sn, Pb, Cu, Zn, Fe, Mn, Ni, Cd, Cr and Au analysis. A total of 26 anomalous areas have been detected and nine of them showed outstanding results. Three of them may lead to the discovery of new deposits for Fe-Mn and Pb-Cu-Zn, are located at the southern part ofTemerloh, in the vicinity of Sungai Triang, Sungai Serting and Sungai Bera. A total of 291 samples of stream water samples have been collected for surface water determination. The parameters tested include physical, chemical and biological parameters. From water quality classification, most of the Sungai Pahang and its tributaries can be classified as Class II water except for tributaries viz. Sungai Luit, Sungai Jempul, Sungai Tekam, Sungai Bentong and Sungai Chenderoh, all of which fall in Class III water. For groundwater determination, a total of 47 groundwater samples have been collected from twelve boreholes around Pekan for various physical and chemical tests. Four aquifer systems with different thickness and chemical content have been detected in this area. Groundwater analysis shows salt-water intrusion occurred in the vicinity of Kuala Pahang and affected the groundwater quality in Kampung Kuala Pahang as well as Kampung Bentan. The quality of the groundwater in other boreholes shows normal groundwater quality, and can be utilized for domestic purposes.

https://doi.org/10.7186/bgsm44200012


Notice: Undefined index: request in /home/gsmorgmy/public_html/wp-content/plugins/jet-engine/includes/components/listings/render/listing-grid.php on line 1258