Geologi kejuruteraan kawasan Taman Bukit Utama, Ulu Kelang-Ampang

702001-100766-564-B
Author : Tan Siang Fei dan Tajul Anuar Jamaluddin
Publication : Bulletin of the Geological Society of Malaysia
Page : 55-58
Volume Number : 44
Year : 2000
DOI : https://doi.org/10.7186/bgsm44200007

Bulletin of the Geological Society of Malaysia, Volume 44, July 2000, pp. 55 – 58

Geologi kejuruteraan kawasan Taman Bukit Utama, Ulu Kelang-Ampang

Tan Siang Fei dan Tajul Anuar Jamaluddin

Jabatan Geologi, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur

 

Abstrak: Geologi Taman Bukit Utama di Bukit Antarabangsa terdiri daripada granit biotit berporfiritik, granit 2-mika berporfiritik dan granit-kuarza-feldspar-tourmalin. Pada keseluruhannya, jasad granit di kawasan ini tericih dan terkekar dengan hebat.

Cerun di Taman Bukit Utama dipotong oleh sekurang-kurangnya tiga set kekar yang berbagai orientasi utamanya berjurus 110-120/290-300 dengan kemiringan 74-90°.

Penilaian kestabilan cerun telah dilakukan berdasarkan orientasi dan ciri set ketakselanjaran. Analisis data ketakselanjaran menunjukkan bahawa cerun batuan di kawasan kajian berpotensi untuk gagal dalam bentuk kegagalan, satah, kegagalan baji dan kegagalan terbalikan.

Hasil kajian cadangkan beberapa langkah kawalan untuk mengatasi masalah kegagalan cerun tanah dan batuan.

https://doi.org/10.7186/bgsm44200007


Notice: Undefined index: request in /home/gsmorgmy/public_html/wp-content/plugins/jet-engine/includes/components/listings/render/listing-grid.php on line 1246