Sedimentologi dan stratigrafi batuan sedimen Miosen di Lembangan Malibau, Sabah

702001-100881-678-B
Author : B. Allagu
Publication : Bulletin of the Geological Society of Malaysia
Page : 177-195
Volume Number : 40
DOI : https://doi.org/10.7186/bgsm40199713

Bulletin of the Geological Society of Malaysia, Volume 40, July 1997, pp. 177 - 195

 

Sedimentologi dan stratigrafi batuan sedimen Miosen di Lembangan Malibau, Sabah

(Sedimentology and stratigraphy of Miocene sediment in the Malibau Basin, Sabah)

B. ALLAGU

Jabatan Penyiasatan Kajibumi Malaysia, Sabah, Beg Berkunci 2042, 88999 Kota Kinabalu, Sabah

 

Abstrak: Hasil kajian sekarang telah mengubahsuai stratigrafi kawasan Lembangan Malibau di mana ianya terdiri daripada Formasi Tanjong yang berusia Miosen Awal hingga awal Miosen Tengah, dan Formasi Kapilit yang berusia pertengahan Miosen Tengah hingga awal Miosen Akhir. Formasi Tanjong ditindih secara tidak selaras oleh Formasi Kapilit. Taburan formasi-formasi tersebut telah diubahsuai. Formasi Tanjong meliputi bahagian selatan dan timur kawasan kajian, manakala Formasi Kapilit meliputi bahagian tengah kawasan kajian atau Lembangan Malibau. Formasi Tanjong terdiri daripada tiga unit jujukan stratigrafi iaitu Unit I merupakan jujukan sedimen pelagik, Unit II pula merupakan jujukan sedimen fluvio-deltaik yang mengandungi batu arang, manakala Unit III pula merupakan jujukan sedimen pelagik. Formasi Kapilit pula terdiri daripada dua unit iaitu Unit I yang merupakan jujukan sedimen deltaik yang mengandungi batu arang, manakala Unit II pula merupakan jujukan sedimen pelagik.

Asosiasi fasies dan jujukan dalam Formasi Tanjong menunjukkan kehadiran megajujukan yang mengkasar ke atas antara Unit I dan II, dan seterusnya megajujukan yang menghalus ke atas dalam Unit III. Ini menggambarkan perubahan persekitaran pengendapan dari keadaan progradsi ke agradasi. Manakala Unit I dan II Formasi Kapilit menunjukkan kehadiran megajujukan yang menghalus ke atas yang menggambarkan sekitaran keadaan agradasi. Analisis arus kuno telah menunjukkan bahawa punca sedimen adalah dari arah barat dan utara kawasan kajian. Ketebalan Formasi Tanjong di kawasan kajian dianggarkan sekitar 6,200 meter manakala Formasi Kapilit pula dianggarkan sekitar 4,500 meter. Walau bagaimanapun, ketebalan keseluruhan Formasi Tanjong dianggarkan sekitar 7,000 meter manakala Formasi Kapilit sekitar 6,500 hingga 7,000 meter.

 

Abstract: The present research has revised the stratigraphy of the Malibau Basin which comprises the Tanjong Formation of Early to Middle Miocene and Kapilit Formation of middle Middle Miocene to early Late Miocene. The Kapilit Formation lies unconformably on Tanjong Formation. The distribution of these formations have also been revised. The Tanjong Formation covers the southern and eastern parts of the area whereas the Kapilit Formation underlie the central part of the area or the Malibau Basin. The Tanjong Formation comprises three stratigraphic units. Unit I contains a sequence of pelagic sediments, Unit II contains a sequence of fluvio-deltaic sediments and is coal-bearing, whereas Unit III contains a sequence of pelagic sediments. On the other hand the Kapilit Formation comprises two stratigraphic units. Unit I contains a sequence of deltaic sediments and a coal-bearing, whereas Unit II contains a sequence of pelagic sediments.

Facies and sequence association in Tanjong Formation indicates the presence of coarsening upwards megasequence between the Units I and II, and fining upwards megasequence in Unit III. This shows the changes in depositional environment from progradational to aggradational. Units I and II of Kapilit Formation, however, indicate the presence of fining upwards megasequence which is aggradational. Palaeocurrent analysis indicates that the sources of sediments are from west and north of the area. The thickness of the Tanjong Formation in the study area is estimated to be 6,200 metre whereas the Kapilit Formation is about 4,500 metre. The overall thickness of the Tanjong Formation, however, is estimated to be 7,000 metre whereas the Kapilit Formation is about 6,500 to 7,000 metre. 

https://doi.org/10.7186/bgsm40199713