Kajian geokimia konkresi dan hubungannya dengan pembentukkan bauksit di kawasan Kuantan

702001-100889-686-B
Author : Baba Musta, W. Fuad W. Hassan dan Mohamad Md. Tan
Publication : Bulletin of the Geological Society of Malaysia
Page : 47-55
Volume Number : 40
Year : 1997
DOI : https://doi.org/10.7186/bgsm40199705

Bulletin of the Geological Society of Malaysia, Volume 40, July 1997, pp. 47 – 55

Kajian geokimia konkresi dan hubungannya dengan pembentukkan bauksit di kawasan Kuantan

BABA MUSTA1, W. FUAD W. HASSAN2 DAN MOHAMAD MD. TAN1

1Jabatan Sains Bumi, FSSA, UKM Kampus Sabah, Beg Berkunci No. 62, 88996 Kota Kinabalu, Sabah

2Jabatan Geologi, FSFG,UKM, 43600 Bangi, Selangor

 

Abstrak: Proses luluhawa kimia pada batuan basalt di kawasan Kuantan telah menghasilkan konkresi. Sebanyak 21 sampel konkresi tersebut yang diambil daripada 5 profil luluhawa telah dianalis kandungan unsur major dan unsur surih. Keputusan menunjukkan Al2O3 dan Fe2O3 merupakan unsur yang melimpah dengan julat kepekatan masing-masing 32.35%-52.23% dan 14.96%-33.99%. Kepekatan TiO2 pula berjulat 3.03%-6.62% manakala SiO2 berjulat bdl-8.07%. Unsur-unsur MgO, CaO, Na2O dan K2O kebanyakannya di bawah had pengesanan (bdl). SiO2 , FeO, MnO dan P2O5 masih boleh dikesan dalam sampel tetapi kebanyakannya kurang daripada 1%. Kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan data geokimia unsur major ialah konkresi tersebut adalah berkomposisi bauksit, dengan Al2O3, Fe2O3, SiO2 dan TiO2 sebagai unsur pembentuk mineral yang utama. Mineral yang melimpah dan dikesan mengikut pertambahan kelimpahannya ialah gibsit, hematit, goetit, kaolinit dan kuarza. Korelasi negatif yang kuat antara Fe2O3 lawan Al2O3 dan Al2O3 lawan TiO2 mencadangkan pertambahan Al2O3 membentuk gibsit akan diikuti dengan pengurangan goetit dan anatas. Purata kepekatan masing-masing bagi Cr, Zn, Ni dan Cu dalam konkresi ialah 611 ppm, 35 ppm, 35 ppm dan 28 ppm. Korelasi positif yang ditunjukkan oleh plot graf Ni lawan Zn, Ni lawan Cu dan Zn lawan Cu dalam konkresi mencadangkan asosiasi unsur-unsur tersebut dalam bauksit, terutamanya dalam mineral gibsit dan goetit. Cr kemungkinan dijerap dalam gibsit, Fe-oksida dan kaolinit, dan juga boleh terdapat dalam kromit.

 

Abstract: Chemical weathering of basalt in the Kuantan area has produced concretions. Twenty-one samples of the concretions from 5 weathering profiles of basalt rock in the Kuantan area were analysed for major elements and trace elements contents. Results of the analysis show that Al2O3 and Fe2O3 are abundant constituents with their respective content ranges of 32.35%-52.23% and 14.96%- 33.99%. TiO2 and SiO2 are next in abundance with their respective content ranges of 3.03%-6.62% and bdl-8.07%). SiO2, FeO, MnO and P2O5 are also found, with their contents less than 1%. MgO, CaO, Na2O and K2O contents are mostly below detection limits. Based on these chemical data, the concretions have a bauxitic composition with Al2O3, Fe2O3, SiO2 and TiO2 being the dominant constituents. Minerals detected with the increasing abundance are gibbsite, hematite, goethite, kaolinite and quartz. The strong negative correlation between Fe2O3 and Al2O3 and between Al2O3 and TiO2, suggests that the increase of alumina forming gibbsite is followed by the decreased of goethite and anatase minerals. The average concentrations of Cr, Zn, Ni and Cu are 611 ppm, 35 ppm, 35 ppm and 28 ppm respectively. The plotted graphs of Ni versus Zn, Ni versus Cu and Zn versus Cu in concretions show positive correlations, suggesting their association in bauxite, particularly in gibbsite and goethite. Cr may be adsorbed in the gibbsite, in Fe-oxide, in kaolinite, and is also found in chromite.

https://doi.org/10.7186/bgsm40199705


Notice: Undefined index: request in /home/gsmorgmy/public_html/wp-content/plugins/jet-engine/includes/components/listings/render/listing-grid.php on line 1266