Canggaan bertindan dalam Formasi Crocker di kawasan Tamparuli

702001-100926-723-B
Author : M.B. Gassim dan Sanudin Hj. Tahir
Publication : Bulletin of the Geological Society of Malaysia
Page : 49-61
Volume Number : 38
Year : 1995
DOI : https://doi.org/10.7186/bgsm38199505

Bulletin of the Geological Society of Malaysia, Volume 38, Dec. 1995, pp. 49 – 61

Canggaan bertindan dalam Formasi Crocker di kawasan Tamparuli

M.B. GASSIM DAN SANUDIN HJ. TAHIR

Jabatan Sains Bumi, UKM Kampus Sabah

 

Abstrak: Di km 7, Jalan Tuaran-Tamparuli ditemui singkapan Formasi Crocker sepanjang 300 m, terdiri dari selang seli batu pasir dan syal yang mempunyai berbagai nisbah ketebalan. Jujukan di sini dapat dibahagikan kepada unit arenit dan unit argilit. Daripada beberapa struktur sedimen dan bukti lapangan yang lain mendapati bahawa keadaan perlapisan adalah terbalik. Pergerakan tektonik yang pertama semasa Awal Miosen Tengah telah menyebabkan perlapisan tercangga dengan membentuk perlipatan daripada jenis lipatan terbuka sehingga lipatan rebah, yang mempunyai kedudukan satah paksi yang hampir sama dengan kedudukan satah-satah sesar naik, iaitu Tl-Bd. Akibat pengaruh tektonik yang berlaku kemudian telah menyebabkan batuan di atas tercangga sekali lagi pada arah yang berlawanan dengan canggaan sebelumnya, dengan membentuk struktur-struktur yang berjurus Bl-Tg. Akibat lebih daripada sekali canggaan yang telah berlaku, menyebabkan kawasan mempunyai taburan struktur yang agak rencam, sedangkan taburan kekar dan satah-satah ketakselanjarannya mempunyai ketumpatan yang tinggi. Keadaan ikIim, dimana curah hujan yang tinggi, disamping kesan batuan akibat canggaan di atas telah menyebabkan luluhawa berlaku dengan pantas yang seterusnya menyebabkan hakisan berjalan dengan kuat.

 

Abstract: A 300 m measured section along km 7, Tuaran-Tamparuli road cut of the Crocker Formation, consists of interbedded sandstone and shale with different ratio in thicknesses. This sequence can be divided into arenite and argilite units. Some sedimentary structures and features show that the beds are inverted. The sequence had been disturbed by two major tectonic events. The first tectonic movement was during early Middle Miocene which caused the deformation of the beds to form open to recumbent folds. The orientation of axial planes is more or less equal to the orientation of reverse fault planes trending NE-SW. The later deformation defers from the former by the orientation of the structural planes to the NW -SE trend. Besides the high density of planes of discontinuity and a rather complex area, structurally, the influence of high tropical rainfall makes deep weathering profiles and extensive erosion.

https://doi.org/10.7186/bgsm38199505