Kajian geofizik di Kuala Betis, Kelantan

702001-100982-779-B
Author : Abdul Rahim Samsudin, Kamal Roslan Mohamad, Ibrahim Abdullah dan Ab. Ghani Rafek
Publication : Bulletin of the Geological Society of Malaysia
Page : 169-174
Volume Number : 35
Year : 1994
DOI : https://doi.org/10.7186/bgsm35199416

Bulletin of the Geological Society of Malaysia, Volume 35, July 1994, pp. 169-174

Kajian geofizik di Kuala Betis, Kelantan

ABDUL RAHIM SAMSUDIN, KAMAL ROSLAN MOHAMAD, IBRAHIM ABDULLAH DAN AB. GHANI RAFEK

Jabatan Geologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor D.E.

 

Abstrak: Kajian graviti dan magnet telah dijalankan di sepanjang dua jalan balak di kawasan Kuala Betis, Kelantan. Rentisan jalan ini memotong hampir tegak lurus sempadan batuan dan jurus rantau (NS) batuan Trias dan Palaeozoik yang tersingkap di kawasan kajian. Profil graviti dan magnet menunjukkan perubahan nilai anomali di zon selebar beberapa kilometer di sempadan antara kedua jenis batuan. Fitur ini mungkin berkaitan dengan sesar-sesar dan perubahan litologi rencam yang berkaitan dengan ‘Zon Sutur Semenanjung Malaysia’ atau lebih dikenali sebagai ‘Zon Sutur Bentong’.

 

Abstract: Gravity and magnetic traverses were conducted along two logging tracks in the vicinity of Kuala Betis area, Kelantan. The traverses run almost perpendicular to the regional NS strike and lithological boundary of the Triassic and Palaeozoic rocks in the study area. The gravity and magnetic profiles indicate the presence of a few kilometre wide anomalous zone at the boundary between the two rock types. This feature could be related to the suture zone of the Malay Peninsula or widely known as the ‘Bentong Suture‘.

https://doi.org/10.7186/bgsm35199416