Bulletin of the Geological Society of Malaysia, Volume 29, July 1991, pp. 247 – 255
Geological Survey Of Malaysia, Ipoh, Perak
Summary: The Gurun-Alor Setar and Ipoh-Changkat Jering Highways form part of the proposed North-South Highway stretching from Bukit Kayu Hitam in the north to Johor Baru in the south. Soon after the completion of these two stretches of the Highway, brownish streaks were seen on the road surfaces.
X-ray diffraction studies showed that these brownish streaks contained pyrites with some softer secondary minerals such as goethite, hematite, melanterite, jarosite, sulphur, mica, kaolinite and illite.
Petrographic studies carried out on quartzite and hornfels from a quarry near Gurun and on granite from an abandoned quarry near Padang Rengas which supplied aggregates for the construction of the Gurun-Alor Setar and the northwestern portion of the Ipoh-Changkat Jering Highways respectively showed that pyrites are present within the interstices of the rocks.
Oxidation of the pyrites produces iron sulphates and sulphuric acid which react with other minerals in the rock aggregates to form soft secondary minerals with a brownish stain and a large volume increase. When vehicles run over these stained pounched-up spots, the soft secondary minerals break up, causing the aggregates to disintegrate, leaving behind small cavities.
Ringkasan: Lebuhraya Gurun-Alor Setar dan Ipoh-Changkat Jering merupakan sebahagian dari Lebuhraya Utara-Selatan. Lebuhraya ini memanjang dari Bukit Kayu Hitam di utara ke Johor Baru di selatan. Tidak lama setelah kedua bahagian Lebuhraya ini disiapkan, tompokan jaluran berwarna perang telah kelihatan di permukaan jalan.
Kajian dengan kaedah Belauan Sinar-X menunjukkan yang jaluran berwarna perang mengandungi mineral pirit dan mineral sekunder yang lembut seperti goetit, hematit, melantrit, jarosit, sulfur serta sedikit mika, kaolinit dan illit.
Kajian petrografi yang dijalankan ke atas sampel-sampel batuan dari kuari-kuari yang membekalkan aggregat untuk pembinaan Lebuhraya Gurun-Alor Setar dan bahagian utara Lebuhraya Ipoh-Changkat Jering iaitu sampel batuan kuartzit dan hornfel dari satu kuari berhampiran Gurun dan granit dari kuari yang berhampiran dengan Padang Rengas menunjukkan kehadiran mineral pirit di dalam batuan berkenaan.
Proses pengoksidanan mineral pirit menghasilkan sulfat besi dan asid sulfid yang akan bertindak balas dengan lain-lain mineral di dalam aggregat batuan. Tindakbalas ini menghasilkan mineral sekunder yang lembut dengan tompokan yang berwarna perang dan mengakibatkan pertambahan isipadu yang besar pada aggregat. Apabila kenderaan melalui di bahagian tompokan perang yang membengkak ini, mineral sekunder yang lembut pecah menyebabkan aggregat berkenaan terurai meninggalkan lubang-Iubang kecil pada permukaan jalan.
https://doi.org/10.7186/bgsm29199110