Sifat kejuruteraan bahan tanah granit, Lebuhraya Ipoh-Changkat Jering, Perak Darul Ridzuan

702001-101062-859-B
Author : Ong Chu Yin, Tan Boon Kong, Ibrahim Komoo & Abdul Ghani Rafek
Publication : Bulletin of the Geological Society of Malaysia
Page : 101-117
Volume Number : 29
Year : 1991
DOI : https://doi.org/10.7186/bgsm29199102

Bulletin of the Geological Society of Malaysia, Volume 29, July 1991, pp. 101 – 117

Sifat kejuruteraan bahan tanah granit, Lebuhraya Ipoh-Changkat Jering, Perak Darul Ridzuan

(The engineering properties of granitic soil materials, Ipoh-Changkat Jering Expressway, Perak Darul Ridzuan)

ONG CHU YIN, TAN BOON KONG, IBRAHIM KOMOO & ABDUL GHANI RAFEK

Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi

 

Abstrak: Sifat kejuruteraan bahan tanah yang dikaji termasuk spesifik graviti, taburan saiz butiran, had Atterberg, mineralogi lempung dan sifat pemadatan. Selain daripada itu, sifat kimia seperti keupayaan pertukaran kation (KPK) dan kepekatan kation larut air liang juga dikaji. Hasil kajian menunjukkan nilai spesifik graviti dipengaruhi oleh taburan saiz pasir yang merupakan komposisi utama tanah granit. Pertambahan nilai had Atterberg dengan peningkatan gred luluhawa boleh dikaitkan dengan pertambahan peratus kandungan lempung. Mineral lempung yang dominan adalah kaolinit dan ilit. Plot carta keplastikan menunjukkan tanah granit bersifat keplastikan sederhana hingga tinggi. Pengurangan ketumpatan kering maksimum dan pertambahan kandungan kelengasan optimum yang diperolehi daripada ujian pemadatan adalah selaras dengan peningkatan darjah perluluhawaan. Pertambahan nilai KPK dan kepekatan kation larut (Na+, K+, Mg2+, Ca2+) dengan peningkatan gred luluhawa juga dikaitkan dengan pertambahan peratus kandungan lempung. Berdasarkan parameter kimia didapati nisbah kation monovalensi: dwivalensi dan nisbah serapan natrium mempunyai nilai yang rendah (<2.0). Ini bermakna tanah granit merupakan tanah yang mempunyai potensi penyerakan yang rendah. Hasil yang sama juga diperolehi daripada plot graf penyerakan.

https://doi.org/10.7186/bgsm29199102


Notice: Undefined index: request in /home/gsmorgmy/public_html/wp-content/plugins/jet-engine/includes/components/listings/render/listing-grid.php on line 1258