Struktur sedimen dalam Formasi Crocker di kawasan Tamparuli, Sabah

702001-101305-1105-B
Author : Tajul Anuar Jamaluddin
Publication : Bulletin of the Geological Society of Malaysia
Page : 135-158
Volume Number : 24
DOI : https://doi.org/10.7186/bgsm24198911

Bulletin of the Geological Society of Malaysia, Volume 24, Oct.1989, pp. 135 – 158

 

Struktur sedimen dalam Formasi Crocker di kawasan Tamparuli, Sabah

TAJUL ANUAR JAMALUDDIN

Jabatan Geologi, UKM

 

Abstrak: Kajian yang telah dijalankan ke atas jujukan sedimen Formasi Crocker di Kawasan Tamparuli, Sabah menunjukkan bahawa kawasan tersebut melimpah dengan berbagai-bagai jenis struktur primer. Struktur primer yang ditemui dikelaskan kepada enam kumpulan yang utama iaitu struktur linear perlapisan, struktur satah perlapisan, struktur hakisan, struktur canggaan dan gangguan semasa pengendapan, struktur penokokan, dan sturktur biogen/organik.

Sebahagian besar daripada struktur primer yang ditemui jelas mewakili sedimen jujukan turbidit fasies flysch bersekitaran pengendapan laut dalam. Bagaimanapun kehadiran struktur-struktur seperti kesan riak berayunan, rekahan lumpur, lapisan riak bertindihan, fosil kayu, lapisan nipis lignit, fosil surihan fasies Skolithos dan ?Scoyenia, mengimplikasikan boleh wujud bahagian yang bersekitaran samudera cetek, berair tenang hingga daratan. 

https://doi.org/10.7186/bgsm24198911