Bulletin of the Geological Society of Malaysia, Volume 24, Oct.1989, pp. 43 – 56
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi
Sinopsis : Kaedah kerintangan geoelektrik merupakan suatu kaedah geofizis yang membolehkan penentuan keadaan bawah dengan pengukuran di permukaan bumi. Untuk kaedah ini terdapat dua aturcara pengukuran, iaitu pengukuran kerintangan geoelektrik duga dalam dan pemetaan atau pemprofilan kerintangan geoelektrik mendatar.
Pemetaan kerintangan geoelektrik mendatar diperlaksanakan di suatu kawasan batu kapur yang telah mengalami kars untuk mempastikan keberkesanan kaedah tersebut bagi menentukan kedudukan zon-zon kars. Susunan elektrod yang berbeza dengan jarak elektrod yang berlainan digunakan. Susunan elektrod yang digunakan adalah (1) dwikutub ganda dua (linear) (2) Schlumberger setengah (3) Wenner setengah dan (4) Wenner. Susunan dwikutub ganda dua (linear) didapati amat sesuai untuk mengesan sempadan kawasan kars dan menentukan saiz zon-zon tersebut. Kawasan. kars yang diisi oleh bahan bumi longgar dicirikan oleh nilai kerintangan ketara yang rendah.
Synopsis: The geoelectrical resistivity method is one of the geophysical methods that enables the determination of subsurface conditions with measurements on the surface of the earth. There are two basic methods of conducting surveys, the vertical geoelectrical resistivity sounding measurements and the horizontal geoelectrical resistivity profiling or mapping.
Geoelectrical resistivity profiling was carried out in a limestone area which had undergone karstification to determine the effectiveness of this method in detecting the karstified zones. Various electrode arrays with different electrode spacing were used. The following arrays were used: (1) double dipole (linear) array (2) half-Schlumberger array (3) half-Wenner array (4) Wenner array. The double dipole (linear) array turned out to be most effective in detecting and determining the size of karstified zones. Karstified zones which are filled with loose earth materials are characterised by low apparent resistivity values.
https://doi.org/10.7186/bgsm24198904