Radiolaria berusia Perm Awal (Sakmarian) dari singkapan baru di Pos Blau, Ulu Kelantan dan kepentingannya


Author : Muhammad Ashahadi Dzulkafli, Basir Jasin & Mohd Shafeea LemanPublication : Bulletin of the Geological Society of MalaysiaVolume : 58Page : 67 - 73Year : 2012DOI : 10.7186/bgsm58201211


Description

Bulletin of the Geological Society of Malaysia, Volume 58, December 2012, pp. 67 – 73

Radiolaria berusia Perm Awal (Sakmarian) dari singkapan baru di Pos Blau, Ulu Kelantan dan kepentingannya

Muhammad Ashahadi Dzulkafli¹*, Basir Jasin² & Mohd Shafeea Leman¹,²

1 Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)
2Program Geologi, Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia
*Alamat email: azurit_30786@yahoo.com

Abstrak: Radiolaria berusia Perm Awal (Sakmarian) telah ditemui dalam lapisan rijang daripada satu singkapan baru di Pos Blau, Ulu Kelantan. Tujuhbelas sampel rijang dipungut, tigabelas daripadanya mengandungi fosil radiolaria yang terawet dalam keadaan agak baik. Sejumlah dua puluh lapan spesies telah dikenalpasti, tergolong dalam tigabelas genera dan tujuh famili. Dua zon himpunan radiolaria telah dikenalpasti iaitu Zon Himpunan Pseudoalbaillella lomentaria berusia Sakmarian Awal dan Zon Himpunan Pseudoalbaillella scalprata m. rhombothoracata berusia Sakmarian Akhir. Rijang beradiolaria ini berselang-lapis dengan syal dan ditafsirkan sebagai sekutuan rijang-syal atau sekutuan rijang pinggir benua. Sekutuan ini menunjukkan pengendapan telah berlaku di dalam lembangan yang berhampiran dengan pinggir benua.

Early Permian (Sakmarian) radiolarian from a new outcrop at Pos Blau, Ulu Kelantan and their significance 

Abstract: Early Permian (Sakmarian) radiolarian were discovered from chert beds from a new outcrop at Pos Blau, Ulu Kelantan. Seventeen chert samples were collected, thirteen of which yielded fairly well preserved radiolarian fossils. A total of twenty eight species were identified belonging to thirteen genera from seven families. Two radiolarian assemblage zones were identified i.e. Pseudoalbaillella lomentaria Assemblage Zone indicative of Early Sakmarian age and Pseudoalbaillella scalprata m. rhombothoracata Assemblage Zone represents Late Sakmarian age. The radiolarian cherts are interbedded with shale and is interpreted as a chert-shale association or continental margin chert association. This association shows that the radiolarian chert was deposited in an environment close to continental margin.

Keywords: chert, radiolaria, Pos Blau, Kelantan, Early Permian

 https://doi.org/10.7186/bgsm58201211