Aplikasi GIS dalam penaksiran risiko gelinciran tanah (LRA): Kajian kes bagi kawasan sekitar Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia


Author : Rodeano Roslee, Tajul Anuar Jamaluddin & Mustapa Abd. TalipPublication : Bulletin of the Geological Society of MalaysiaVolume : 57Page : 69- 83Year : 2011DOI : 10.7186/bgsm57201109


Description

Bulletin of the Geological Society of Malaysia Volume 57,  December 2011, pp. 69 – 83

 

Aplikasi GIS dalam penaksiran risiko gelinciran tanah (LRA): Kajian kes bagi kawasan sekitar Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

Rodeano Roslee*1,2&3, Tajul Anuar Jamaluddin1 & Mustapa Abd. Talip3

1Southeast Asia Disaster Prevention Research Institute (SEADPRI), Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor
2Program Geologi, Sekolah Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah
3Centre for Remote Sensing and GIS (CERGIS), Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah
*Email address: rodeano@ums.edu.my

 

Abstrak: Kertas kerja ini memperkenalkan konsep penaksiran risiko gelinciran tanah (LRA) yang bertujuan untuk membangunkan sebuah model yang komprehensif dan bermanfaat kepada pihak-pihak berkepentingan dan sesuai digunakan dalam keperluan tempatan. Bagi mencapai matlamat ini, pertama, sebuah pengkalan data semi-kuantitatif telah dibangunkan melalui rujukan yang ekstensif, kerja lapangan dan kerja makmal. Ini termasuklah kompilasi data sekunder, kajian penderiaan jauh, pemetaan geologi kejuruteraan, pencerapan pencirian parameter bencana serta menjalankan ujian mekanik tanah dan batuan. Kedua, adalah untuk menetapkan kriteria bagi pengenalpastian bencana gelinciran tanah. Sebanyak tujuh parameter yang berkaitan telah diambilkira; iaitu litologi, fitur geodinamik, keadaan cerun, hidrologi/hidrogeologi, jenis guna tanah, pencirian kejuruteraan tanah, dan pencirian kejuruteraan batuan. Kesemua parameter ini digabungkan dan dianalisis bersama dengan peta taburan gelinciran tanah (LDM) bagi menjana sebuah peta bencana gelinciran tanah (LHM). LDM dihasilkan dari kajian lapangan dan penafsiran imej satelit untuk menandakan lokasi-lokasi gelinciran tanah. Ketiga, survei terhadap kemudahterancaman (fizikal, sosial dan persekitaran) dan kompilasi data sekunder terhadap elemen berisiko (populasi dan nilai harta benda) dijalankan untuk menghasilkan peta populasi (PM) dan peta nilai harta benda (PVM). Akhir sekali, peta risiko gelinciran tanah (LRiM) pula dihasilkan melalui pertindihan LHM, PM dan PVM. LHM bagi kawasan Kota Kinabalu mencadangkan 2.8% daripada keseluruhan kawasan dikategorikan sebagai bencana sangat rendah, 14.1% sebagai bencana rendah, 19.7% sebagai bencana sederhana, 51.6% sebagai bencana tinggi, 11.3% sebagai bencana sangat tinggi dan 0.4% sebagai bencana lampau tinggi. LRiM menunjukkan bahawa 13.1% daripada kawasan Kota Kinabalu adalah dalam zon berisiko sangat rendah, 20.3% dalam zon berisiko rendah, 16.1% dalam zon berisiko sederhana, 17.5% dalam zon berisiko tinggi, 23.1% dalam zon berisiko sangat tinggi dan 1.0% dalam zon berisiko lampau tinggi. Kawasan-kawasan dalam zon bencana rendah tidak bermaksud berisiko rendah terhadap gelinciran tanah, dan begitu juga sebaliknya. Penyelidikan ini menunjukkan kemampuan teknik GIS sebagai peralatan berintegrasi untuk mengendalikan data semi-kuantitatif dalam penyelidikan spatial LRA.

 

Application of GIS in landslide risk assessment (LRA): A case study of the Kota Kinabalu area, Sabah, Malaysia 

Abstract: This paper introduces a landslide risk assessment (LRA) concept to develop a comprehensive model, which can benefit stakeholders and suited for local conditions. The first step was to develop a semi-quantitative database through extensive desk, field and laboratory studies, including compilation of secondary data. In addition, data from remote sensing studies, engineering geological mapping, characterisation of observed hazard parameters, and soil and rock testings were also included. The next step was to establish criteria for landslide hazard evaluation. Seven parameters were taken into account; i.e. geology, geodynamic features, slope conditions, hydrology/hydrogeology, landuse, engineering characteristics of soils, and engineering characteristics of rocks. All the parameters were compiled and analysed with the landslide distribution map (LDM) to generate a landslide hazard map (LHM). The LDM was based on landslide locations obtained from field studies and satellite image interpretation. The third step was a vulnerability survey (physical, social and environmental) and compilation of secondary data for elements at risk (population and property values) to produce the population map (PM) and property value map (PVM). Finally, the landslide risk map (LRiM) was produced by superimposing the LHM, PM and PVM. The LHM of Kota Kinabalu area suggests that 2.78% of the area can be categorised as having very low hazard, 14.1% as low hazard, 19.7% as medium hazard, 51.6% as high hazard, 11.3% as very high hazard and 0.4% as extremely high hazard. The LRiM indicates that 13.1% of the Kota Kinabalu area is in very low risk zone, 20.3% in low risk zone, 16.1% in medium risk zone, 17.5% in high risk zone, 23.1% in very high risk zone and 1.0% in extremely high risk zone. Areas with low degree of landslide hazards may not necessary will have low risk to landslides and vice-versa. This study shows the ability of the Geographic Information System approach as a powerful intergrative tool in handling semi-quantitative data in spatial LRA research.

Keywords: GIS, landslide risk assessment, landslide hazard map, landslide risk map

 https://doi.org/10.7186/bgsm57201109