Faktor Manusia dan Kegagalan Cerun di Malaysia (Human factors and slope failures in Malaysia)


Author : Tajul Anuar JamaluddinPublication : Bulletin of the Geological Society of MalaysiaVolume : 52Page : 75-84Year : 2006


Description

Bulletin of the Geological Society of Malaysia, Volume 52, June 2006, pp. 75 - 84

 

Faktor Manusia dan Kegagalan Cerun di Malaysia

(Human Factors and Slope Failures in Malaysia)

Tajul Anuar Jamaluddin

Geology Department, University of Malaya, 50603 Kuala Lumpur


Abstrak: Kebanyakan pengkaji geoteknik dan geologi cerun menyenaraikan faktor-faktor seperti geologi bahan pembentuk cerun, air, perluluhawaan, kelemahan pada rekabentuk dan geometri cerun, struktur geologi (ketakselanjaran), pembebanan di atas cerun, pemotongan kaki cerun, gegaran dan pelbagai alasan teknikal sebagai penyebab sesuatu kegagalan cerun. Amat jarang yang cuba mengaitkankannya dengan perbuatan manusia atau faktor manusia. Hasil kajian yang dilakukan ke atas pelbagai kes kegagalan cerun di negara ini mendapati bahawa kebanyakan kes kegagalan cerun tersebut amat berkait rapat dengan faktor manusia, khususnya kecuaian, ketidakcekapan, kurang atau kelemahan pada sistem penyelenggaraan, pengabaian input geologi, perlanggaran etika, dan pelbagai sikap negatif pada diri manusia itu sendiri. Dalam iklim tropika lembab yang menerima curahan hujan yang tinggi sepanjang tahun, cerun-cerun di Malaysia umumnya agak sensitif terhadap hujan. Sebarang kecuaian manusia terhadap keberkesanan sistem saliran cerun boleh mengundang kegagalan. Penggunaan tenaga kerja yang tidak mahir dan kurangnya penyeliaan profesional semasa kerja-kerja pemulihan atau rawatan cerun juga boleh menyebabkan kegagalan. Keengganan mengambilkira input geologi dalam kerja-kerja pembinaan dan kawalan kestabilan cerun juga adalah antara faktor yang menjadi punca kegagalan cerun. Dalam kebanyakan kes, kelemahan sistem dan kurangnya penyelenggraan adalah faktor penyumbang terpenting yang menyebabkan kegagalan cerun di negara ini.

 

Abstract: Most workers on the geotechnical and geological aspects of slopes have identified various factors for causing slope failures. These include geology of the slope-forming materials, water, weathering, poor slope design and geometry, geological structures (discontinuity), loading above slope, toe undercutting, vibration and many other technical factors. Very seldom they are related to actions of human being or human factors. Results of extensive studies on many cases of slope failures in this country indicated that in most cases the slope failures can be largely attributed to human factors, such as negligence, incompetence, lack of and poor maintenance system, ignorance of geological inputs, unethical practice, and various negative attitudes of human self. In a wet tropical climate with a continuous heavy and prolonged rainfall throughout a year, slopes in Malaysia are generally very sensitive to precipitation. Human negligence on the efficiency of drainage system is just unacceptable and may induce slope failures. Unskilled workers and lack of professional supervision during slope construction, protection or rehabilitation works can also be considered as important contributing factors toward slope failure. Ignorance on the importance of geological inputs in the design and construction works is also some examples of human factor in causing slope failures. In most cases, lack of and poor maintenance practice are the most significant in causing slope failures in this country.

https://doi.org/10.7186/bgsm52200611