Geological, biological, cultural and local wisdom heritage a key element of Mersing Geopark development

702001-101896-1719-B
Author : Mohd Zulhafiz Said, Ibrahim Komoo, Edy Tonnizam Mohamad, Che Aziz Ali, Norhayati Ahmad, Mohd. Effendy Abd. Wahid, Mohd Fauzi Rajimin
Publication : Bulletin of the Geological Society of Malaysia
Page : 89 - 98
Volume Number : 71
Year : 2021
DOI : https://doi.org/10.7186/bgsm71202108

Bulletin of the Geological Society of Malaysia, Volume 71, May 2021, pp. 89 – 98

Warisan geologi, biologi, budaya dan kearifan tempatan tunjang pembangunan Mersing Geopark

Geological, biological, cultural and local wisdom heritage a key element of Mersing Geopark development

Mohd Zulhafiz Said1,*, Ibrahim Komoo2, Edy Tonnizam Mohamad1, Che Aziz Ali2, Norhayati Ahmad2, Mohd. Effendy Abd. Wahid3, Mohd Fauzi Rajimin4

1 Pusat Geokejuruteraan Tropika (GEOTROPIK), Aras 2 Blok D03, Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 UTM Johor Bahru, Johor, Malaysia
2 Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL), Universiti Kebangsaan Malaysia, Kampus Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, Jalan Teluk Yu, Teluk Burau, 07100 Langkawi, Kedah, Malaysia
3 Fakulti Perikanan dan Sains Makanan, Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia 4 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (Johor), Tingkat 9, Menara Tabung Haji, Jalan Ayer Molek, 80000 Johor Bahru, Johor, Malaysia
* Corresponding author email address: mzulhafizsaid@gmail.com

Abstrak: Daerah Mersing memiliki banyak warisan geologi bernilai kebangsaan dan antarabangsa berusia dari 350 juta tahun lampau. Kepelbagaian biologi yang tinggi dan keunikan budaya tempatan melengkapkan geowarisan kawasan tersebut. Justeru, Jawatankuasa Geopark Kebangsaan telah memilih Mersing sebagai sebuah wilayah untuk dibangunkan sebuah geopark. Usaha pembangunan Mersing Geopark telah dimulakan pada 2017 melalui sebuah Jawatankuasa Saintifik dan Pembangunan Mersing Geopark. Keseluruhan daerah Mersing iaitu 6,371 kilometer persegi termasuk kawasan laut sehingga ke Kepulauan Aur telah dikenal pasti sebagai sebuah geopark. Geowarisan di sini telah dikenal pasti sebanyak 22 buah geotapak yang merangkumi kawasan daratan dan pulau. Flora dan fauna yang penting juga telah dikenal pasti berada di dalam kawasan perlindungan. Tradisi kehidupan, seni dan budaya yang unik dan masih terpelihara menambah lagi nilai geopark ini. Beberapa unsur utama telah diperkenalkan bagi menyediakan Mersing Geopark sebelum dinilai sebagai calon geopark kebangsaan pada Disember 2018 iaitu governans geopark – pengurusan berasaskan mekanisme ‘pengurusan bersama’, pemuliharaan alam – komuniti, ekonomi masyarakat melalui aktiviti geopelancongan, dan pendidikan awam. Banyak program dan aktiviti telah dijalankan bagi menghadapi rancangan masa depan untuk Mersing menjadi UNESCO
Global Geopark. Geopark memartabatkan sumber warisan tabii dan budaya melalui pembangunan secara bersepadu, pembangunan geopelancongan untuk meningkatkan pendapatan, pemeliharaan tapak warisan serta memperkasa komuniti setempat bagi mempupuk semangat kesepunyaan kepada tempat mereka.

Kata kunci: Geotapak, biotapak, geopelancongan, komuniti setempat, kelestarian

Abstract: The district of Mersing is bestowed with many national and international geological heritage sites dated since 350 million years ago. The high biodiversity and uniqueness of the local culture complements the geoheritage of the area. Thus, the National Geopark Committee has chosen Mersing as a territory to be developed as a geopark. Mersing Geopark development efforts were initiated in 2017 through the Mersing Geopark Scientific and Development Committee. The entire Mersing district of 6,371 square kilometers, including the marine areas right up to the Aur Archipelago is identified as the geopark area. The geoheritage here has been identified as 22 geosites, which cover land and island areas. Important flora and fauna have also been identified as being within the protected areas. The unique and preserved traditions of life, art and culture add to the value of this geopark. Several key elements were introduced to prepare Mersing Geopark before being evaluated as a national geopark candidate in December 2018, namely governance of the geopark – management based on ‘co-management’ mechanism, nature conservation – community, community economy through geotourism activities, and public education. Many programmes and activities have been carried out to face future plans for Mersing to become a UNESCO Global Geopark. Geopark enhances natural and cultural heritage resources through integrated development, geotourism development to increase income, preservation of heritage sites and empowerment of local communities to foster a strong sense of pride and belonging to a place.

Keywords: Geosite, biosite, geotourism, local community, sustainability

DOI: https://doi.org/10.7186/bgsm71202108


Notice: Undefined index: request in /home/gsmorgmy/public_html/wp-content/plugins/jet-engine/includes/components/listings/render/listing-grid.php on line 1258