Utilization of fly ash in heavy metal removal from acid mine drainage
DescriptionBulletin of the Geological Society of Malaysia, Volume 73, May 2022, pp. 171 - 179 Penggunaan abu terbang dalam penyingkiran logam berat daripada saliran lombong berasid(Utilization of fly ash in heavy metal removal from acid mine drainage)Nuur Hani Mohammed1,2,*, Wan Zuhairi Wan Yaacob1 1 Program Geologi, Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia Abstrak: Saliran lombong berasid (SLB) mengandungi kepekatan logam berat bertoksik dengan keasidan yang tinggi. Kepekatan logam berat yang tinggi dalam SLB mempunyai potensi sebagai sumber pencemaran utama yang memberi kesan kepada kehidupan manusia, akuatik dan sumber semula jadi yang lain. Dalam kajian ini, penyingkiran logam berat telah dilakukan dengan menggunakan bahan sisa industri berkos rendah iaitu abu terbang. Keupayaan penjerapan abu terbang ditentukan dengan menggunakan dua kaedah iaitu penjerapan berkelompok dan ujian rawatan tangki. Kajian terhadap kesan kuantiti dos, pH dan kepekatan logam berat telah dilakukan. Abu terbang terdiri daripada mineral karbonat (>50%) yang berpotensi tinggi sebagai bahan penjerap untuk merawat saliran berasid. Kadar penjerapan maksimum bagi abu terbang berlaku pada nilai pH 5 bagi Pb, pH 7 bagi Zn dan pH 3 bagi Cu. Keupayaan penjerapan juga semakin meningkat dengan pertambahan dos. Abu terbang yang merupakan bahan beralkali tinggi akan merawat dan meneutralkan larutan SLB daripada fasa berasid (pH 2.11) kepada fasa neutral (pH 7.09). Peningkatan nilai pH semasa proses rawatan juga akan meningkatkan keupayaan penyingkiran logam berat. Kata kunci: Abu terbang, saliran lombong berasid, logam, penjerapan, rawatan
Keywords: Fly ash, acid mine drainage, metals, adsorption, treatment DOI: https://doi.org/10.7186/bgsm73202214 0126-6187; 2637-109X / Published by the Geological Society of Malaysia. |