Bulletin of the Geological Society of Malaysia, Volume 51, June 2005, pp. 183 – 186
1Program Geologi, Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi Selangor.
2Jabatan Geologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur.
Abstrak: Satu kajian semula bagi menentukan usia mutlak batuan igneus Pulau Pangkor telah dilakukan secara teliti dengan menggunakan kaedah K/Ar mineral biotit. Kajian ini bertujuan memastikan usia sebenar batuan igneus Pulau Pangkor setelah mendapati kajian terdahulu menunjukkan julat usia yang besar dari Perm, Trias, Jura hingga Kapur. Dua sampel mewakili batuan igneus Pulau Pangkor, terdiri daripada granit berbutir kasar berfenokris, yang merupakan batuan dominan di Pulau Pangkor telah dianalisis. Ia dinamakan sebagai Sampel P19 di Bandar Pangkor dan sampel S10 di Tanjung Teluk Dalam dengan usia yang diperolehi masing-masing 176.19 ± 2.03 juta tahun (Jura Tengah) dan 177.03 ± 2.03 juta tahun (Jura Tengah). Keputusan ini menunjukkan keselarasan dengan usia batuan igneus di Jalur Barat. Oleh itu, batuan igneus di Pulau Pangkor boleh disimpulkan terkelompok di dalam Jalur Barat.
https://doi.org/10.7186/bgsm51200522