Bulletin of the Geological Society of Malaysia, Volume 48, June 2004, pp 47-49
Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan
Abstrak: Penemuan batuan syis amfibol di Putrajaya mendorong pengkaji menjalankan kajian mekanik batuan ke atas batuan tersebut kerana kurang data sedemikian bagi litologi ini. Kawasan kajian adalah di Presint 8, Putrajaya, pada garis lintang 02°56‘N dan garis bujur 101°40‘E. Tiga litologi utama ditemui di kawasan kajian, terdiri daripada syis amfibol jenis syis tremolit, syis grafit dan mikrogranit dalam bentuk korok. Penentuan nilai indeks beban titik, nilai pantulan tukul Schmidt, kekuatan regangan, dan kekuatan mampatan sepaksi membolehkan batuan syis tremolit dikelaskan sebagai batuan berkekuatan sangat kuat. Nilai pantulan tukul Schmidt bagi batuan segar adalah berjulat antara 50 sehingga 64 dengan nilai purata 58. Nilai purata indeks beban titik dan kekuatan regangan masing-masing ialah 14.05 MPa dan 22.23 MPa bagi kes kegagalan bahan, manakala kes kegagalan yang dipengaruhi satah ketakselanjaran mencatatkan penyusutan nilai dalam lingkungan 50% bagi kedua-dua ujian. Untuk ujian mampatan sepaksi, kegagalan yang dipengaruhi ketakselanjaran masih menghasilkan nilai kekuatan sangat tinggi dengan nilai purata 127.51 MPa.
Abstract: The somewhat rare occurrence of amphibolite schist in Putrajaya led to the determination of its mechanical properties. The study location is in Precinct 8, Putrajaya, at latitude 02°56‘ N and longitude 101°40‘E. Three main lithologies occur in the study area, namely amphibolite schist, more specifically a tremolite schist, graphitic schist and microgranite in the form of a dyke. The determination of the point load index, Schmidt hammer rebound value, tensile strength and uniaxial compressive strength enabled the classification of the tremolite schist as rock having very high strength. The Schmidt hammer rebound value for the fresh rock is between 50 to 64, with an average value of 58. For the point load index and the tensile strength, the respective values are 14.05 MPa and 22.23 MPa for material failure, with a decrease of approximately 50% when discontinuity planes influenced the failure mode. For the uniaxial compressive strength, an average value for failure influenced by discontinuity planes was 127.51 MPa, which still enabled the classification of the rock as having very high strength.
https://doi.org/10.7186/bgsm48200410