Pemetaan potensi bencana tanah runtuh menggunakan factor penilaian bencana tanah runtuh dengan pendekatan GIS


Author : Norbert Simon, Juhari Mat Akhir, Azlikamil Napiah & Tan Han KeePublication : Bulletin of the Geological Society of MalaysiaVolume : 55Page : 47-53Year : 2009DOI : https://doi.org/10.7186/bgsm55200908


Description

Bulletin of the Geological Society of Malaysia, Volume 55, November 2009, pp. 47-53

 

Pemetaan potensi bencana tanah runtuh menggunakan faktor penilaian bencana tanah runtuh dengan pendekatan GIS

Norbert Simon1*, Juhari Mat Akhir1, Azlikamil Napiah2 & Tan Han Kee1

1Program Geologi, Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 43600, Selangor, Malaysia

2Pusat Remote Sensing Negara (MACRES), No. 13 Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia

*Email: norbsn@yahoo.com

 

Abstrak— Pemetaan zon potensi tanah runtuh dengan menggunakan kaedah GIS lazimnya melibatkan pertimbangan yang subjektif dan pertimbangan ini jika tidak dibimbing, boleh menyebabkan hasil yang diperolehi tidak tepat. Kertas ini membincangkan penggunaan teknik Faktor Penilaian Bencana Tanah Runtuh (LHEF) untuk memetakan zon potensi tanah runtuh untuk kawasan yang luas. Kaedah ini telah mempunyai faktor-faktor dan klasifikasi tanah runtuh yang telah ditetapkan dan ini dapat membantu pengkaji dalam pemetaan potensi tanah runtuh suatu kawasan dengan berpandukan ketetapan yang telah ada dalam kaedah ini. Sebanyak enam faktor tanah runtuh digunakan dalam kajian ini untuk memetakan zon potensi bencana tanah runtuh di sepanjang Lebuhraya Pantai Timur (LPT) km160-km190, Pahang. Faktor-faktor kebolehancaman tanah runtuh yang digunakan dalam kajian ini adalah litologi, jenis tanah, guna tanah, topografi, kecuraman cerun dan jumlah hujan tahunan. Satu peta potensi bencana tanah runtuh untuk kawasan kajian telah dihasilkan dan kawasan kajian telah dikelaskan kepada empat zon potensi dengan peratus keluasan daripada yang tertinggi iaitu zon potensi tinggi (38.9%), sangat tinggi (13.4%), sederhana (37.0%) dan rendah (10.7%). Faktor yang menyebabkan ketidakstabilan kepada kawasan kajian adalah litologi yang terdiri daripada batuan seperti syal, batu lodak, filit dan sabak serta jenis tanah yang mempunyai peratusan kandungan lempung yang tinggi. Faktor hujan pula dianggap sebagai faktor pencetus kepada ketidakstabilan yang berlaku di kawasan kajian. Berdasarkan penilaian peta dengan menggunakan kaedah correlation coefficient, ketepatan peta potensi bencana tanah runtuh berbanding taburan tanah runtuh bernilai 0.87. Nilai ini menunjukkan peta potensi bencana tanah runtuh kawasan kajian berdasarkan teknik Faktor Penilaian Tanah Bencana Tanah Runtuh (LHEF) akan menghasilkan peta potensi bencana tanah runtuh yang berketepatan tinggi.

Kata kunci: GIS, tanah runtuh, LHEF, TEHD, faktor kebolehancaman

 

Landslide hazard potential mapping using landslide hazard evaluation factor with GIS approach

Abstract— The use of the GIS method in mapping zones of potential landslides usually involves subjective criteria which produce inaccurate results if the criteria are not proper. This paper discusses the use of a Landslide Hazard Evaluation Factor (LHEF) in mapping zones of landslide potential for a large area. The technique contains standardized factors and landslide classification that will aid researcher to map landslide potential of an area in accordance to the standard. Six landslide factors were used in this research to map the landslide hazard potential zone along km 160-km 190 of the East Coast Highway (ECE), Pahang. The landslide susceptibility factors used in this research are lithology, soil type, landuse, topography, slope steepness and annual rainfall. The landslide hazard potential map of the study area were produced and classified to four potential zones with the highest area percentage namely high potential (38. 9%), very high potential (13.4%), moderate (37.0%) and low potential (10.7%). Factors that caused instability of the study area are lithology such as shale, siltstone, phyllite and slate as well as soil type containing high percentage of clay. Rainfalls factor are considered as the triggering factor of instability of the study area. The accuracy was assessed using correlation coefficient method, the landslide hazard potential map is compared to the landslide distribution of the study area, which gives a correlation coefficient of 0.87. This value indicates that the landslide hazard potential map according to the Landslide  Hazard Evaluation Factor technique can yield high accuracy landslide hazard potential map.

Keywords: GIS, landslide, LHEF, TEHD, susceptibility factor

https://doi.org/10.7186/bgsm55200908